Terdahulu Bekas perdana menteri Najib Razak dikompaun RM3,000 kerana tidak mematuhi SOP ketika makan tengah hari di sebuah restoran nasi ayam terkenal di ibu negara baru-baru ini.
Pengurus Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng pula didenda RM10,000 kerana g4gal mengarahkan Najib membuat imbasan MySejahtera atau menulis namanya dalam buku daftar.
Hari ini, Najib telah datang sendiri ke kaunter untuk melunaskan bayaran k0mpaun. Sempat memuat naik beberapa foto, Najib mengaku kesilapan dia tidak mengimbas suhu ketika memasuki permis berkenaan
“Ingatkan angkat dua tangan tadi. Rupanya satu lagi itu tiang” komen seorang netizan buat ramai terhibur
“Bayar kompaun.Saya silap itu hari tak scan suhu.Saya mengaku sendiri. Saya terima denda.Tak mahu ada double standards.Mereka itu saya tak tahulah” sinidr Najib
Najib juga berkongsi pautan video ucapan terima kasih dari pemilik kedai nasi ayam kerana ada pihak telah membantu mereka untuk membayar k-mpaun tersebut
“Hari ini, Pengurus Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Yeok Wei Hao telah berjaya membayar kompaun RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Mac lalu hasil sumbangan yang diraih oleh sekumpulan Pemuda UMNO diatas rasa tanggungjawab, kerana berasa bersalah atas ada kemungkinan telah mengegaskan pergerakan Datuk Seri Najib ketika itu, hingga menjadi faktor kelalaian keatas SOP.”
“Saudara Yeok Wei juga dikompaun dengan pantas atas kesalahan pertama yang tidak disengajakan kerana bilangan orang ramai yang berkumpul di restoran untuk berjumpa Datuk Seri Najib Razak menyebabkan Yeok Wei dan rakan sekerjanya hampir tidak menang tangan kerana terlalu sibuk melayan pelanggan hari itu.
“Didalam situasi ini Datuk Seri Najib dan rakan-rakan yang hadir sama pada hari itu telah bersetuju meringankan beban yang ditanggung bersama pengusaha kedai dan beliau, perkongsian pembayaran kompoun sebanyak 50% telah ditawarkan dan disambut baik oleh pengusaha.”
“Yeok Wei dan keluarganya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bermurah hati membantunya.”
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, Najib dikompaun masing-masing RM1,500 untuk dua kesalahan, iaitu tidak memeriksa suhu dan mendaftarkan dirinya secara manual atau melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis itu.
Katanya, semua kompaun berjumlah RM13,000 di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Penyakit Berj4ngkit) itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Polis menasihati orang ramai supaya patuh kepada SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 19 Mac lalu, Najib mengakui tidak mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki kedai nasi ayam itu dan meminta pihak berkuasa mengeluarkan kompaun kepadanya.
Dalam sebuah video viral Mac lalu, bekas perdana menteri itu dilihat dibawa ke tempat duduknya, sejurus tiba di kedai nasi ayam itu.
Hanya beliau seorang yang tidak mengimbas kod QR MySejahtera, manakala pegawainya yang lain ada berbuat demikian.
“Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela. Tidak ada ‘double standard’ dalam istilah saya. Orang lain, parti lain, menteri-menteri saya tidak tahulah. Mereka ada dua darjat itu hal mereka. Saya tidak mahu ada dua darjat bagi kes saya,” tulisnya di Facebooknya dua bulan lalu.
sumber: Najib Razak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://trendingsangat.pw/