Home Petua Tips Isteri PU Abu Dedahkan Foto Wanita Tak Bertudung, D4kwa Suami Ada Kekasih...

Isteri PU Abu Dedahkan Foto Wanita Tak Bertudung, D4kwa Suami Ada Kekasih Baru Lagi

297
0

Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Hana mend4kwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru.

“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak myhusbandlover whoisshe youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

 

Bukan itu sahaja, Hana turut menukar gambar profil Instagram miliknya dengan imej wanita tersebut.

Tindakannya itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

“Rasalah balik, dulu kau ambil hak orang, kacau hak orang, jadi, sekarang, rasakan. Mesti tahu tentang hal-hal berbentuk kifar4h.

“Abu buat hal lagi.

“Heb4t Abu,.kalau handsome tak tahu lah lagi macam mana,” tulis sebahagian netizen.

 

 

Bahkan, ada juga yang membuat spekulasi bahawa wanita dalam foto tersebut mirip wajah bekas isterinya, Ain ‘Afini Latif.

Biarpun Ain tidak pernah menunjukkan wajah sebenar disebalik purdah yang dipakainya, peminat mula berteka-teki dan mendakwa mata wanita terbabit sama seperti mata Ain.

“Masya-Allah, tak boleh padam gambar ni, tengok mata macam Ain, Allahu.

“Abu nak balik kat bekas isteri

“Mata macam Ain,” komen sebahagian pengikutnya.

Walaubagaimanapun, entri terbabit telah dipadamkan beberapa minit selepas ia dimuat naik.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan tersebut pernah mendapat perhatian apabila dilaporkan berantakan.

Pasangan tersebut berkahwin pada Mei lalu dan mereka kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.

Sebelum ini, kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bertindak mencer4ikan bekas isteri pertamanya, Ain ‘Afini selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lalu.

 

Sumber : Gempak

Previous articleNetizen Ada Tanya “Abam Nak Kahwin?” Ini Respon Fizoe Omar Yang Padu
Next articleHubungan Yang Direstui Keluarga Dah Putus, Pelakon Cilik Duerra Mitilda Cur4ng?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here