Cerita ini boleh dijadikan iktibar dan pengajaran dalam menjalani kehidupan harian pembaca. Cerita ini bermula.
Lepas setahun kahwin,aku disahkan meng4ndung dan mengalami alahan tervk. Terpaksa berhenti kerja. Gaji suami selau tak cukup, tapi pel1k , dia tak pernah menghampakan aku bila mengid4m.
Satu hari terjumpa tin-tin kosong kat belakang kereta.
Bila di tanya,jawapan dia buat aku seb4k. Saya dan suami berkenalan dari zaman sekolah lagi sekarang dah 10 thun kenal dia dan kami telah berkahwin hampir 2 tahun.
Di sini saya ingin bercerita tentang kesusahan yang kami harungi sebagai suami isteri.
2 bulan kami berkahwin masih lagi tiada tanda tanda saya meng4ndung, orang pun dah mula tanya. saya fikir mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya meng4ndung dengan ekonomi kami yang tidak seberapa.
Tapi suami selalu pesan “Percaya pada rezeki Allah”. Dan saya terus diuji dengan kehilangan orang tua yang saya cintai.
Saya tidak ada sesiapa lagi selain suami. Dialah tempat bermanja, dialah tempat mengadu.
Alhamdulillah, Setahun lebih kami berkahwin saya disahkan mengandung dengan kebenaran suami saya mengambil
keputusan untuk berhenti kerja kerana mengalami alahan yang tervk.
Tentang nafkah seorang isteri, saya tak ambil kira itu semua yang penting kami sama sama dapat makan.
Dapat survive sampai hujung bulan pun dah memadai. Kalau masak, saya akan catu lauk lauk supaya tak terbazir.
Kalau beli ayam seekor, saya mintak p0tong 20.
Satu hari masak 4 ketul sahaja boleh tahan sampai 4-5 hari untuk seekor ayam. Suami saya sangat penyabar.
dia selalu tolong saya buat kerja rumah, basuh baju, sapu lantai, sebelum keluar kerja dia akan masakkan dulu untuk saya.
Suami saya kata ‘tak apa, abang akan usaha untuk tunaikan permintaan sayang kalau sayang teringin nak makan apa apa’.
tapi saya cuba pendam, saya tak beritahu dia pun kalau saya teringin nak makan apa apa cuma kadang kadang je mulut ni lincah sangat terlepas juga lah. Saya cakap, kalau abang tak ada duit tak apa.
Sayang ok boleh tahan keinginan ni walaupun sebenarnya tak tertahan pun. wanita meng4ndung yang mengidam je akan tahu perasaan macam ni.
Walaupun lambat, suami akan usaha juga tunaikan permintaan saya walaupun dia sendiri pun ada keinginan dia akan dahulukan permintaan saya berbanding dirinya.
kadang kadang di tempat kerja dia langsung tak makan sebab nak berjimat.kadang² dia beli kuih kuih dan cucur je sebagai makan tengah hari.
Tiba tiba dia bawa balik makanan yang saya hajatkan. bila saya tanya mana dapat duit, dia cuma jawab ‘abang buat partime’.
jadi saya tahu lahh suami taknak bercerita dengan lebih lanjut tentang mana dia dapat duit lebih.
Sehinggalah saya terperasan dalam kereta ade beberapa tin minuman kosong dalam plastik di kerusi belakang.
suami cakap itu tanggungjawab dia. jangan rasa bers4lah.
‘untuk sayang dan anak kita yang selama ini kita tunggu tunggu abang akan buat apa je.’ Lagi beberapa bulan dah nak
bersalin, segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak kami beli sikit sikit.
Dia selalu yakinkan saya, rezeki Allah tu ada di mana mana. cepat atau lambat pasti akan ada.
Allah dah rancang segalanya. Kami tak dapat hidup senang macam orang lain. tapi insyaAllah mungkin suatu hari nanti kami diberi rezeki yang tak terduga oleh Allah.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : ekisah.com