Pelakon Uqasha Senrose akui belum bertemu calon sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.
Menurut Uqasha, dia tidak tergesa-gesa untuk berkahwin sebaliknya mahu memberikan fokus untuk kerjaya.
“Tak cari yang sempurna sebaliknya kalau boleh mahu yang kena dengan jiwa. Lagi pun kahwin adalah untuk selamnya bukan untuk sehari dua.
“Saya tak mahu salah pilih orang… Tetapi tak adalah nak cari yang betul-betul perfect, cuma sekarang ini belum ada lagi.
“Buat masa ini fokus saya hanya untuk kerja, berkenaan dengan hal-hal lain tu saya rasa kemudian.
“Kalau andai kata ada jodoh, semuanya akan dipermudahkan. Nak kata tertekan bila adik dah kahwin itu tidak, tapi perasaan itu rasa ditengah-tengah,” katanya kepada HLive!
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Pernah di gossipkan bercinta dengan Kamal Adli namun selepas drama ‘setelah terlafaznya akad’ hubungan pasangan ini
makin dingin dan senyap begitu saja.
Antara babak Drama Setelah Terlafaznya Akad
Antara luahan hati Kamal Adli
“Cinta hanya wujud di skrin sahaja. Ada peminat yang gemar melihat kami bercinta tetapi semuanya atas dasar kerja.
“Saya boleh katakan, keserasian memang sangat mudah untuk kami cipta kerana jalan cerita STA sendiri sudah ku4t.
“Uqasha memberikan komitmen yang baik dalam STA dan saya gembira kerana lakonan kami menjadi perhatian peminat drama,” katanya.
Semoga Uqasha dapat mencari pasangan yang sesuai dan bertemu jodoh Tak lama lagi.
Sumber : Gempak