MAIN ‘kahwin-kahwin’ sememangnya antara permainan yang digemari semasa zaman kanak-kanak.
Ketika itu, masing-masing berebut-rebut nak jadi pengantin, sambil dikipas oleh kawan yang kononnya berperanan sebagai pengapit.
Namun berbeza dengan seorang kanak-kanak ini, aksinya begitu melucukan semasa bermain permainan moden tentang kahwin menerusi aplikasi laman sosial Instagram – Head Quiz.
“Ammar tak nak kahwin! Ammar tak nak kahwin! Ammar tak suka,” reaksi spontan seorang budak lelaki sebaik soalan bilakah dia akan berkahwin memberi jawapan ‘esok’.
Aksi Ammar Yang Melucukan
Ibu kepada kanak-kanak comel itu, Nurhafizah Hasbulah berkata, ia merupakan reaksi spontan anak lelakinya, Ammar Al Qusyairi Nawawy yang dirakam sekadar suka-suka di dalam kereta.
Malah, Nurhafizah memberitahu, Ammar yang baru berusia empat tahun itu amat teruja apabila mengetahui video aksinya ‘tak mahu kahwin’ itu menjadi tular di media sosial.
“Video tersebut dirakam oleh ibu saudara Ammar, yang juga adik saya sendiri baru-baru ini. Tapi apa yang lebih melucukan, tahun lalu kami ada rakam dia kata nak kahwin.
“Ammar siap minta izin lagi tanya ‘nak kahwin boleh?’. Jadi, bila ada soalan kat Instagram pasal kahwin dan dia tiba-tiba menjerit tak nak kahwin, tu yang kelakar,” ujar ibu kepada tiga anak itu kepada mStar.
Ammar merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Walaupun vide0 tersebut sekadar gurauan sesama keluarganya, peniaga berusia 34 tahun itu cuba mendapatkan pandangan daripada anak bongsunya mengenai perkahwinan.
“Saya tanya selepas vide0 dia ‘tak nak kahwin’ tu tvlar. Ammar jawab dia tak ada awek.
“Tapi sebelum ni dia selalu cerita mengenai seorang budak perempuan yang dipanggilnya Cik Ton. Kata Ammar, Cik Ton berambut panjang.
“Cik Ton tu sebenarnya budak perempuan yang muncul dalam aplikasi TikTok bila Ammar nak menyanyi secara duet, tapi kami tak kenal siapa budak perempuan tu,” tambahnya.
Nurhafizah Bertanyakan Ammar tentang vide0 yang tvlar
Pernah bertanyakan tentang Cik Ton kepada Ammar, anaknya itu memberitahu bahawa sepupunya, Adam yang berusia enam tahun juga menyukai ‘budak perempuan’ berkenaan.
“Saya tanya mana Cik Ton? Ammar jawab sepupu dia bernama Adam sukakan Cik Ton. Jadi, Ammar tak nak kahwin sekarang sebab dia belum ada awek.
“Saya kemudian bergurau dan katakan pada Ammar yang dia kena cari awek lain.
Dia datang berbisik ke telinga saya dan beritahu yang dia nak cari awek rajin potong rumput. Ammar panggil awek ‘mesin rumput’,” ujarnya secara berseloroh.
Ammar menjadi penyeri dalam keluarganya.
Nurhafizah yang menetap di Beserah, Kuantan, berkata, anak lelakinya seorang yang ceria, petah bercakap dan mudah mesra dengan orang lain serta meminati adiwira Spiderman.
“Ammar juga menjadi kesukaan keluarga sehingga ramai yang rindu dengan celoteh dia. Dia memang suka main TikTok terutama dengan kakak-kakaknya.
“Ammar memang suka menyanyi terutama lagu-lagu daripada penyanyi Haqiem Rusli dan Andi Bernadee. Bila ada mood, dialah paling ceria, tak ada dia memang sunyi,” katanya.
Video Ammar Yang Melucukan
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : mstar