Home Petua Tips Pernah Tika Nk Buat Live PUBG, Abam Siap Mesej ‘Eh Aku Nk...

Pernah Tika Nk Buat Live PUBG, Abam Siap Mesej ‘Eh Aku Nk Dtg Nak Join’. Pdahal Benda Tu Tak Brbayar Pun

360
0

KUALA LUMPUR – Perginya seorang lagi permata dalam dunia hiburan lawak tanahair.

Sebelum ini empat orang pelawak terkenal negara telah pergi dijemput llahi iaitu Harun Salim Bachik, Yus Jambu dan Kamal Chilok dalam tempoh lima tahun ini.

Dan Isnin lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang mninggal dnia kerana dmam pan4s.

” Abam mempunyai sifat yang sentiasa menyokong rakan-rakan industri.

Dia tak pernah menolak setiap kali saya meminta pertolongan membantu mempromosikan aktiviti yang dilakukan di media sosial walaupun ia tidak berbayar.

Itu luahan pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar atau Shuk HotFM yang menyifatkan Allahyrham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan daripada kumpulan Bocey sebagai individu yang suka membantu malah tidak pernah berkira tentang wang ringgit.

Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, juga berkata arwh adalah seorang yang merendah diri walaupun menjadi antara pelawak yang disegani ramai.

” Arwh tidak pernah bersifat meninggi diri walau setinggi manapun dia berada dalam industri hiburan tanah air,” kata Shuk kepada wartawan.

Menurut Shuk beliau terasa dua pemergian orang yang pernah bekerja sekali dengannya. Yang pertama sekali Lok U, tak lama rasanya kurang dari 100 hari, tak sampai sebulan selepas itu (dapat berita) pemergian Abam pula.

” Dua-dua berita yang saya terima ini, keduanya ketika saya tengah buat radio pagi bersama dengan Shuib. Masa itu kita baru habis AJL dan tengah temubual Hafiz Suip dan Naim Daniel.

” Tengah happy giler, tiba-tiba Mamak (Puteh) call saya dan beritahu “Shuk, Abam dah takde”.

” Masa tu saya terdiam tak tahu nak cakap apa, nak kongsikan perasaan itu pun tak tahu,” kata Shuk.

Meskipun tidak terlalu rapat dan bukanlah orang yang selalu ada dengan Abam, kata Shuk belia sekali sekala kita akan cari peluang untuk menghubungi bertanya khabar kawan-kawan.

” Tapi sekarang tiada lagi, orang yang bernama Abam sudah tiada. Kalau kita rindu sekalipun, kalau kita nak call dia, dah takde Abam.

 

Tambah Shuk lagi beliau secara peribadi mengenali Allahyrham Abam, dia tak pernah smbong dengan orang sekeliling dia tak kisah macam mana dia dah berada.

” Dia jenis support member-member, kalau macam kita ada buat sesuatu (bisnes) dan minta dia repost untuk tolong promote, dia jenis yang takde tunggu dan buang masa.

” Macam saya pernah sekali nak buat live gaming untuk PUBG, dia sendiri siap mesej “eh aku nak datang lah nak join dengan kau”. Padahal benda tu tak berbayar pun” akhiri Shuk

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Previous articleSelepas kes cvrang, Hana Azraa dedah perkahwinan dengan PU Abu bakal berakhir – “Kami dah bawa haluan masing-masing”
Next articleSeorang Insan Bernama Jalaludin Dijemput Illahi Selepas S0lat Subuh, MasyaAllah semoga Husnul Khotimah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here