Home Petua Tips Rupanya Abam Pernah Cakap, ‘Kau Duduk Jer Dgn Aku Sementara Tunggu Stabil’....

Rupanya Abam Pernah Cakap, ‘Kau Duduk Jer Dgn Aku Sementara Tunggu Stabil’. Fad Akhirnya Dedah Satu Kisah Lama

274
0

KUALA LUMPUR – Selepas seminggu pmergian Allahyrham Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey, pelbagai kisah kebaikan dan keluhuran hati arwh yang diceritakan.

Baik cerita dari ahli keluarga terdekat, sahabat karib, sehinggalah individu yang tidak dikenali langsung datang bercerita tentang perkara kebajikan yang dilakukan arwh.

Sememangnya ramai mengakui darjat Allahyrham Abam telah diangkat apabila beribu orang mengiringi perjalanan akhir arwh. Malah golongan ulama dan juga Mufti sependapat bahawa Abam dalam Khusnul Khatimah.

Perkongsian terbaru rakan arwh yang juga anggota kumpulan Bocey, iaitu Fad mendedahkan bahawa kebaikan dan keikhlasan hati arwh Abam adalah sangat luar biasa.

Menurut Fad, sewaktu beliau bersama-sama arwh baru menyertai pertandingan dan bukan siapa-siapa dalam industri hiburan, arwh adalah insan yang banyak membantu beliau.

” Dialah yang bawak saya duduk rumah dia, ketika saya tiada apa-apa. Lepas menyertai pertandingan “Bintang Mencari Bintang”, saya duduk rumah dia selama tiga bulan tanpa dia berkira apa pun.

” Walhal dalam rumah tu ada mak dia, ada adik-beradik dia. Tapi dia kata takpe ‘kau duduk je dengan aku sementara tunggu stabil’ kata arwh Abam.

” Waktu itu saya dengan tiada kereta apa semua, dia yang banyak bantu. Dan saya teringat lah kenangan..dalam tak sedar dia banyak beri motivasi kepada kami untuk berkongsi rezeki.

” Bila dia pergi dengan macam ni, itulah Allah dah buka satu persatu kebaikan dia, apa yang dia dah buat yang kami sendiri pun tak tahu ( arwh ni rajin bersedekah).

” Saya akan ingat insan bernama Syed Umar Mokhtar sampai akhir hayat saya nanti”, akhiri Fad Bocey dengan sebak ketika ditemubual wartawan dalam slot MeIodi Tv3.

Dalam pada itu Fad turut memuatnaik status terbaru menceritakan perancangan mereka untuk berehat seketika, tidak dinyatakan berehat dari industri hiburan atau menyertai pertandingan.

” Kita plan nak berehat setahun dua jer, tapi rupenya kau nak berehat panjang ye..takpe bam,insyaallah disana lebih indah buat kau sahabat..Terima kasih utuk hadiah terakhir, kenangan terakhir dipentas keramat kita.

” Tima kasih untuk semua kenangan dan memori, satu hari aku akan menyusul, selamat jalan..Al Fatihah”, tulis Fad
Terdahulu Fad Bocey mengakui dirinya terlalu rindukan sahabat karibnya itu selepas pemergian Allahyarham Abam yang disahkan mninggaI dnia, Isnin lalu.

” Bukan kerana diri ini tak terima kenyataan, hati ini hanya rindu,” tulis Fad ringkas.

Luahan  itu ditulis Fad menerusi gambar dia menziarahi pusara arwh yang dimuat naik di IG. Sebelum itu, Fad turut berkongsi video nyanyian membabitkan dirinya, Achey dan Abam menerusi lagu Teman Pengganti.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Previous article“Kita Baik Ramai Orang Sayang” – Arwh Abam Bocey
Next articleSelamba Je Cakap Orang Putih Dengan Loghat Pekat Terengganu, Pelumba Harrif Kini Buat Negara Bangga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here