Home Petua Tips Selamba Je Cakap Orang Putih Dengan Loghat Pekat Terengganu, Pelumba Harrif Kini...

Selamba Je Cakap Orang Putih Dengan Loghat Pekat Terengganu, Pelumba Harrif Kini Buat Negara Bangga

210
0

KUALA LUMPUR – ” Err i’m very happy sekeng (second) podium for me. My team mate very hakwoking (hardworking) for me to make sure me dong (don’t) go bihaing (behind). And deng (then) my freng (friend) always protect me..”

Itu antara kata-kata pelumba basikal handalan Terengganu Inc Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh yang menjawab soalan ketika ditemubual pihak media.

Dalam pada itu, Mohd Harrif Saleh mengakui tidak malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris biarpun mengetahui dibayangi dialek Terengganu.

Baginya, untuk fasih bercakap dalam bahasa asing tidak boleh mempunyai perasaan malu dan ia perlu dipraktikkan, jika tidak akan merugikan diri sendiri.

Baru-baru ini video temu ramah Harrif selepas memenangi peringkat ketujuh perlumbaan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL), 2020 dari Bagan, Pulau Pinang ke Alor Setar, Kedah dalam bahasa Inggeris dengan dialek Terengganu tular di laman sosial.

Namun begitu video itu mendapat pujian netizen yang rata-ratanya mengagumi keyakinan serta keberanian pelumba berusia 32 tahun itu bertutur dalam bahasa Inggeris tanpa sebarang rasa kekok.

Harrif tidak menyangka vide0 berkenaan akan mendapat perhatian netizen kerana dia sememangnya sentiasa menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi bersama rakan sepasukan dari negara asing termasuk jurulatih, Jeremy Hunt.

” Untuk berjaya kita perlu buang perasaan malu.

Tahun lepas pun dah ada video macam ini tapi mungkin video kali ini lebih panjang dan mendapat perhatian kerana saya menang dua peringkat perlumbaan.

” Sebenarnya kita tak perlu malu cakap dalam bahasa Inggeris kerana mengikut pengalaman saya, orang Itali dan Jerman pun ‘berat’ (kurang fasih bercakap) tapi mereka yakin dan berani,” kata Harrif ketika ditemui pada Majlis Meraikan Wira-Wira Petronas LTdL 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (LTSM) di sini, hari ini.

Kira-kira 200 peminat setia sukan itu menyambut ketibaan wira Terengganu itu di LTSM bagi meraikan kejayaan Harrif memenangi dua peringkat perlumbaan LTdL 2020 yang berakhir kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim turut tidak ketinggalan meraikan anak kelahiran Terengganu itu.

Harrif yang mencipta sensasi dan sejarah dalam perlumbaan LTdL itu turut mengingatkan anak muda khusus masyarakat Terengganu yang masih malu berbahasa Inggeris supaya mengikis perasaan itu.

Mengulas ketiadaan abangnya, Zamri dalam perlumbaan itu, Harrif berkata abangnya tidak dapat bersama menyertai LTdL kerana masalah kesihatan.

” Saya dedikasikan kemenangan ini kepada abang kerana dia salah seorang yang menaikkan lagi semangat saya untuk

berusaha lebih gigih. Selepas meraih kemenangan, dialah orang pertama yang saya hubungi,” katanya.

 

 

Harrif mendapat pujian dari netizen

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

Sumber : hmetro

Previous articleRupanya Abam Pernah Cakap, ‘Kau Duduk Jer Dgn Aku Sementara Tunggu Stabil’. Fad Akhirnya Dedah Satu Kisah Lama
Next articleSelepas Bercrai Dua Tahun Yg Lalu, Rupanya Isma AF Sudah Berkahwin Lain Dan Jelaskan Punca Dia Tak Heboh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here