Home Petua Tips Kebetulan Zahirah MacWilson Dan Emma Maembong Kahwin Khamis Ini,Alasan Mereka Berdua Memang...

Kebetulan Zahirah MacWilson Dan Emma Maembong Kahwin Khamis Ini,Alasan Mereka Berdua Memang Tak Disangka

433
0

“TUNGGU saja dan lihat. Ia adalah satu detik yang besar buat kehidupan saya. Saya bukan nak berahsia, tapi biarlah ia menjadi kejvtan,” kata pelakon jelita, Zahirah MacWilson, 25, mengenai majlis pernikahannya dengan tunang, Aiman Hakim Redza yang dikatakan akan berlangsung, Khamis ini.

Zahirah ketika ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mengesahkan tarikh itu yang juga tarikh cantik iaitu 20022020.

 

 

Dalam pada itu, undangan majlis persandingan kedua-duanya sudah mula diedarkan dan akan berlangsung Jumaat ini di Glamhall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana di Petaling Jaya jam 7.45 malam.

Ditanya mengenai perasaannya menjelang tarikh ker4mat itu, Zahirah mengakui teruja untuk menjalani fasa baru dalam kehidupannya itu.

“Ya, saya teruja. Ia adalah perjalanan dan cabaran baru yang akan saya tempuhi,” katanya.

Zahirah juga memaklumkan tidak akan ada sebarang majlis sidang media yang akan diadakan untuk pengumuman tarikh majlis pernikahannya.

Menurutnya, dia sendiri melakukan persiapan sepenuhnya untuk majlis itu tanpa sebarang tajaan.

“Saya bersyukur kerana ada pasukan pengurusan yang sangat bagus dan kami uruskan sendiri mengenai persiapan majlis itu nanti,” katanya.

Zahirah juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sendiri memberikan komen dan ucapan positif buatnya.

Zahirah berkata demikian sebagai mengulas mengenai foto yang dikatakan foto pra-perkahwinan lengkap dengan tanda pagar gabungan nama serta tarikh 20 Februari yang dimuatnaiknya bersama Aiman di Instagram.

Pasangan itu mula mengenali satu sama lain sejak hampir empat tahun lalu dan mula rapat pada November 2018.

Kedua-duanya mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu di Australia.

Selain itu, secara kebetulan  seorang lagi artis juga dikatakan akan melangsungkan perkahwinan khamis ini.

 

Emma Maembong juga nikah Khamis ini?

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini.

Difahamkan, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga saja.

Berdasarkan tarikh cantik 20022020, kemungkinan ia menjadi tarikh pernikahan mereka adalah benar.

Namun, d4kwaan mengatakan bakal suami Emma adalah kerabat diraja adalah tidak benar.

Sebaliknya, lelaki berusia 32 tahun itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan.

Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Butiran lanjut mengenai pernikahan juga tidak did3dahkan bagi menghorm4ti permintaan keluarga Emma.

Sebelum ini, Emma pernah bercinta dengan pelawak, Zizan Razak dan pelakon, Kamal Adli.
Malah, Emma juga digosip

menjalin hubungan dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.
Emma juga mencetuskan kontr0vers1i apabila membuka tudung tahun lalu.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan pengesahan daripada Emma berhubung perkara ini tidak berjaya apabila
mesej WhatsApp dihantar tidak dibalas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

Sumber : duniadanakhirat/Rose Merah

Previous articlePermintaan Dan Pesanan Terakhir Arwh Abam Pada Isterinya Nor Hidayah,Ada Kaitan Dengan Hamzah
Next article“Setiap kali dia dapat rezeki, dia pasti datang sedekah kepada kami” – Ashraf Sinclair penderma tetap rumah anak yatim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here