Home Petua Tips “Saya Bersedia Jumpa Ibu Ali” Aliff Syukri Akhirnya Mohon Maaf Secara...

“Saya Bersedia Jumpa Ibu Ali” Aliff Syukri Akhirnya Mohon Maaf Secara Terbuka

231
0

Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kntroversi yang tercetus melibatkan keluarga balu Allahyarham Abam Bochey dan adik lelakinya, pelawak Ali Puteh.

Aliff, 33, menerusi sidang menjelaskan, dirinya turut bersedia untuk bertemu ahli keluarga Abam bagi menyelesaikan segala isu berbangkit berikutan perkongsian video live di Facebook miliknya, baru-baru ini.

“Di dalam situasi ini, saya amat kecewa atas segala apa yang dilemparkan kepada saya, tapi, saya tak nak membesarkan lagi isu ini, saya nak berdamai.

“Kami pun sebenarnya tidak menyangka benda ini berlaku dan tidak ada niat nak melagakan mana-mana pihak.

“Jadi saya memohon maaf kepada Ali dan Hidayah.

Saya pun bersedia untuk berjumpa dengan ibu Ali seperti yang diminta,” katanya.

Penyanyi Bobo Di Mana ini menjelaskan isu yang terkait menerusi satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara.Jelasnya lagi, vide0 yang dikongsikan di Facebook itu sebenarnya sudah mendapat persetujuan daripada Nor Hidayah untuk ditayangkan secara langsung di laman sosialnya.

“Selepas menjadi kec0h, saya terus menghubungi Hidayah bertanyakan sama ada mahu dipadam atau tidak, tetapi dia sendiri yang kata tak perlu.

“Walaupun saya tahu 1001 cerita (apa yang diceritakan Hidayah mengenai keluarga) biarlah saya simpan sendiri.

Apa yang ditayangkan itu hanya 10 peratus sahaja,” terang Aliff.

Pada masa sama, Aliff turut menunjukkan rakaman vide0 perbualan dirinya bersama Hidayah yang memberikan kebenaran kepadanya.

Terdahulu, Aliff Syukri yang membuat live di Faceebook ketika membuat kunjungan ke rumah balu arwh Abam, Nor Hidayah mencetuskan kekec0han apabila menyentuh isu sensitif melibatkan harta.

Ekoran video yang dikongsikannya itu, Ali kemudian naik ber4ng sehingga melabelkan kakak iparnya sebagai
‘bin4tang’.

Ali bagaimanapun memadam statusnya itu sebelum meminta maaf atas keterlanjurannya itu.

Pelawak itu sebelum ini turut melakukan sidang media bagi menjelaskan hal yang berlaku.

Sumber Youtube : APM TV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : MH

Previous articleAntara Kata kata Terakhir Arwh Abam “Kalau Abg Takda Jaga Diri Dan Anak” Nor Hidayah Dedah Tanda Tanda Arwh Sebelum Pergi
Next articleSetelah Tidak Lagi Bergelar Mnteri Ag4ma,Ini Kata Kata Terakhir Mujahid ‘Sy Hanya Merayu Kpd Yg Maha Mendengar’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here