TINDAKAN penyanyi Noraniza Idris berkongsi foto lukisan kartun dia bersama lagenda Datuk Sudirman Arshad dengan kapsyen melabelkan Allahyarham sebagai ‘penyanyi nombor satu’ mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.
Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, 52, didkwa sengaja menimbulkan pr0vokasi terhadap penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan peminatnya di Instagram.
Noraniza ketika dihubungi mStar memberitahu, dia tidak menyangka penulisannya itu disalah erti dan dimanipulasikan netizen sehingga dirinya dianggap sengaja ingin bersaing dengan penyanyi berkenaan.
Kapsyen yang ditulis Noraniza mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.
“Penulisan itu ditulis secara peribadi dengan menggunakan bahasa santai.
Saya tidak mahu terlalu formal dan bataskan penulisan sehingga terpaksa jadi hipokrit.
“Tapi tak sangka pula gelaran yang saya tulis Sudirman adalah penyanyi Asia nombor satu Malaysia itu disalah erti dan mula dimanipvlasi.
“Ada komen netizen yang buat saya rasa tersentap kerana dianggap ‘gigih’ nak berlwan dengan seseorang.
Saya rasa tercbar tetapi malas nak layan sangat.
“Sebab itu saya ada muat naik satu lagi status yang mengatakan saya berhak untuk menulis apa sahaja dan tidak perlu kecam,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, kapsyen di foto lukisan kartun Allahyarham Sudirman bersama Noraniza yang dimuat naik penyanyi itu mengundang perbalahan dalam kalangan peminat Siti Nurhaliza.
Menerusi laporan Harian Metro, Siti meminta peminatnya bertenang dan tidak bertindak melvlu dalam menulis sebarang komen di laman sosial terutama berkaitan isu melibatkan Noraniza.
Kata penyanyi Anta Permana itu, dia menyedari ada segelintir netizen yang bukan dalam kalangan peminatnya yang meninggalkan komen berbentuk pr0vokasi.
Dalam pada itu, Noraniza memberitahu dia hanya mampu bersabar dengan komen-komen yang dianggap keterlaluan.
Noraniza berkongsi foto kenangan bersama arwh Sudirman.
Noraniza turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terg0res hati dengan penulisannya dan menjelaskan perkongsian itu sekadar memberi tanda penghormatan kepada Allahyarham Sudirman.
“Bila dah masuk kisah bvsuk hati, AJL klah makan h4ti, Astaghfirullah, saya mampu mengucap saja. Bahasa-bahasa mereka nauzvbillah.
“Macam itu ke budak-budak sekarang meletakkan kita sebagai orang lebih tua di tapak kaki mereka sahaja. Terlalu tksub dengan perkataan nombor satu dan sengaja cetvskan isu.
“Apa-apa pun, saya mohon maaf jika ada yang terg0res hati.
Niat saya berkongsi itu sebagai tanda penghormatan kepada arwh Sudirman.
“Sebagai peminat arwh, sudah tentu saya teruja dan tak nak lepaskan peluang kongsikan kenangan itu di Instagram,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : mstar