Home Petua Tips “Rayfal Dan Jemyma Selalu Minta Nak Adik Perempuan” Amboi Cantiknya, Seri...

“Rayfal Dan Jemyma Selalu Minta Nak Adik Perempuan” Amboi Cantiknya, Seri Ibu Hamil Fasha Sandha Makin Jelas Kelihatan

272
0

Pelakon cantik, Fasha Sandha mendedahkan dua orang anaknya, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5, selalu menginginkan adik perempuan.

Fasha mendedahkan perkara terbabit menerusi s4lah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri terbabit, Fasha memuat naik foto di sekitar majlis pertunangan adik kepada suaminya, Aidil Aziz.

“Rayfal dan Jemyma selalu minta nak adik perempuan, Allah makbulkan,” dedah Fasha.

Pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini juga berharap agar proses kehamilannya dipermudahkan.

“Semoga kehamilan ini sihat sehingga melahirkan nanti. Amin. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kesayanganku yang selalu mendoakan kami,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar proses kehamilan Fasha dipermudahkan.

Turut memuat naik foto-foto lain di sekitar majlis sama, seri wajah ibu hamil yang dimiliki oleh Fasha juga semakin jelas kelihatan dan ia dipuji oleh wargamaya.

 

Komen Komen Netizen

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac 2019 dan sebelum ini, kehamilannya sering kali diuji sehingga mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama Fasha, pelakon drama bersiri Natasha ini dikurniakan dua anak, Rayfal dan Jemyma.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak

Previous articleApabila Datin Shahida Muat Naik Satu Status Tentang Suaminya Tiba Tiba Dato Aliff Syukri Suruh D4lete Status Itu.Ada Kaitan Dengan ‘Cinta’
Next article‘Dengar Kata 1 Kampung Pening Lalat Je Nak Undi Kak Lina’ Betul Ke? Elly Mazlein Berseloroh Suruh Fans Undinya Dalam AME 2020

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here