Seminggu yang lalu, anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin dimasukkan ke h0sp1tal Selayang selepas suhu badannya meningkat naik ketika rawatan di4lisis.
Nazrul difahamkan sudah tiga tahun tidak dapat melakukan persembahan bersama Rabbani kerana masalah buah pinggang yang dihadapinya.
Terbaru, penyanyi kumpulan UNIC, Fakhrul Radhi memuat naik satu posting di Instagram mengenai perkembangan terkini kesihatan rakannya itu.
Masih kenal suara saya
Menurut Fakhrul, meskipun penglihatan rakannya itu agak kabur, Nazrul masih mampu untuk mengenali suaranya. Tambahnya, sudah seminggu rakannya itu terlantar di h0sp1tal tersebut.
Melalui posting yang sama, Fakhrul turut memohon agar semua masyarakat mendoakan kesihatan rakannya itu dan berharap anggota kumpulan Rabbani itu kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Terdahulu, Nazrul dikejarkan ke h0sp1tal Selayang selepas suhu badannya dipercayai meningkat ketika menjalani rawatan dialisis beberapa hari yang lalu.
Ekoran daripada itu, penglihatannya agak terjejas dan semakin kabur.
Semoga dipermudahkan segala urusan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber :Fakhrul Radhi via OhBulan