Siapa yang tidak menyayangi anak kecil yang sudah dijaga dan diasuh sedari dia bayi lagi. Namun, apabila tiba masa terpaksa berpisah, ia adalah satu momen yang sangat menyed1hkan.
Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Zati Zaini, dia telah mencerita perihal anak angkatnya yang terpaksa diserahkan semula kepada ibu kandung kanak-kanak tersebut.
Dah jaga 5 tahun, ibu kandung ambil balik
Menerusi muat naik luahan rasa sed1h itu, Zati menceritakan mengenai permulaan bagaimana dia tergerak hati untuk menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat sehingga sanggup mengeluar modal mengangkat svmpah sebagai penjaga rasmi.
Nak ambil tindakan tapi fikir mereka lebih berhak
Menurutnya lagi, dia dan pasangan yang baru sahaja berusia 22 tahun telah menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa muda bagi memastikan anak angkat yang diasuh keluarga dapat menerima pendidikan serta kasih sayang sepenuhnya.
Namun begitu, seusai segala urusan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat yang sah setelah didesak ibu kandungnya, wanita tersebut tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ dengan meminta kembali anaknya itu.
Anggap jaga Qasya sebagai mimpi indah
Namun, walaupun berat hati dengan pemintaan ibu kandung anak angkatnya, Zati tetap pasrah dan redha kerana mengetahui bahawa dirinya sekadar penjaga dan ibu kandung kanak-kanak tersebut lebih berhak dalam hal ini.
Dia yang pernah keguguran sebanyak 2 kali juga mengakui bersyukur dikurniakan anak angkat walaupun sedar ketika ini semuanya sudah tiada.
Family kandung nak buat macam tu kena ke court juga
Perkongsian yang dibuat oleh Zati Zaini tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet, Rata-rata memahami nasib yang menimpa wanita muda itu yang telah pun menyayangi anak kecil tersebut walaupun sekadar anak angkat.
Mereka juga berasa terkilan dengan sikap ibu kandung anak yang diasuh Zati yang seakan sengaja bermain tarik tali dengan perasaan wanita itu yang sememangnya sudah mempunyai naluri seorang ibu.
Tergamak buat macam itu sebab nak duit
Aku yang baca ni pun sak1t hati
Semoga ada rezeki yang lebih baik untuk sis nanti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Kredit : Ohmymedia
Sumber : Zati Zaini