Sedar tak sedar, Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella sudah lebih dari 2 tahun menjadi suami isteri.
Pasangan terkenal yang bernikah pada September 2017 itu sering dilihat mesra dan bahagia.
Lebih-lebih lagi, Bella sememangnya memang akrab dengan anak tunggal Emran yang bernama Aleesya.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini rumah tangga Bella dan Emran dikhabarkan sedang goyah seperti yang dilaporkan oleh Grid.id.
1su ini h4ngat diperkatakan selepas gambar yang dimuatnaik oleh Bella mengisyaratkan bahawa ada wanita lain yang cuba mengg0da Engku Emran.
Foto dimuat naik oleh Bella dalam kemas kini Instagram Story pada akhir September 2019. Khabar ker3takan rumah tangga Bella ternyata sampai ke telinga bekas isteri Emran, Erra Fazira.
Seperti diketahui, hubungan Bella dan Erra terjalin dengan baik dan kedua-duanya mesra dalam menjaga Aleesya.
Sebelum ini, Erra menerusi kenyataanya di laman Youtube Indosiar H0t Issue turut memberi tanggapan tentang masalah ker3takan rumah tangga Bella.
Erra berpendapat bahawa Bella adalah orang yang tepat untuk Emran, dan juga anaknya, Aleesya. Erra berharap Bella tetap bertahan di sisi Emran.
“Hidup ini mahu tenang kan? Saya mahu anak saya bahagia, senang, jadi dengan siapa pilihan Emran, yang penting boleh menerima anak saya seadanya,” kata Erra ni.
Dan syukur alhamdulillah, berkat doa barangkali, bertemu dengan Bella.”
Lebih lanjut, Erra memuji sifat penyayang Bella yang berhasil membuat anak perempuannya merasa selesa.
“Bella juga selesa bersama Aleesya, dia senang juga sama budak (anak kecil). Dan mungkin dengan sifat penyayang Bella itu, membuat Aleesya juga selesa dengan dia. Jadi, itulah doa kita sebagai ibu, mahu lihat anak senang semuanya aman,” kata Erra.
Di samping itu, Erra juga menekankan bahawa hubungannya dengan Emran telah lama berakhir. Dalam masa yang sama Erra berharap Emran dapat mencari isteri yang baik, dan doanya ‘dijawab’ apabila Bella berkahwin dengan bekas suaminya.
“Saya berpisah dari Emran lama dahulu, sebelum Bella muncul,” jelas Erra.
Dan dalam doa-doa saya juga selalu berdoa untuk isteri pengganti kepada Emran, biarlah itu yang baik, yang mengasihani dan saya mendapat apa yang saya doakan.”
Sebelum itu dari sumber tribunnews,Warganet Terkejvt Bila Laudya Cynthia Bella d3dahkan Perangai Sebenar Suaminya.
PELAKON dan pengacara Laudya Cynthia Bella memberitahu suaminya yang juga usahawan dari Malaysia iaitu Engku Emran bukanlah seorang lelaki yang romantik.
Menerusi laporan Tribunnews, Bella mend3dahkan perkara tersebut ketika sesi bual bicara bersama sahabatnya Titi Kamal yang disiarkan di laman Youtube.
Dalam perbualan mereka itu, Bella ada bertanya mengenai tips membina hubungan romantik dalam rumah tangga. Kata Titi, suaminya iaitu Christian Sugiono atau Tian bukanlah seorang lelaki yang romantik pada awal perkahwinan.
Namun berubah sikap setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
“Sebenarnya Tian itu jenis yang cool… Sebelum ini, dia tak pernah beri bunga, tengok wayang bersama pun jarang sebab dia tak suka tonton filem. Tapi lama-lama dia mula terikut cara saya sehingga menjadi romantis, seiring berjalan waktu, bertambah usia perkahwinan kami,” kata Titi.
Mendengar kata-kata Titi itu, Bella terus mencelah dan memberitahu beruntung jika suaminya juga begitu. “Wah bagus betul, saya sujud syukur kalau dia (suami) mahu macam itu juga,” jawab Bella.
Terdahulu, Bella dan Engku Emran berkahwin di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 8 September 2017. Manakala, Titi dan Tian berkahwin pada Februari 2009.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: KL Press dan tribunnews