Seorang lagi pesakit Cov-19 meningg4l dunia malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kem4tian kini 11 orang.
PENULARAN kes jangkitan Cov-19 di Malaysia meng0rbankan seorang lagi m4ngsa menjadikan jumlah kumulatif kes kem4tian di negara ini adalah 11 orang.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).
Mengulas lanjut, katanya, kes kematian ke-11 itu adalah kes p0sitif ke-1,070 iaitu membabitkan warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang peny4kit kr0nik.
“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu lagi pertambahan kes kem4tian berkaitan C0v-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC.
“Beliau (arw4h) mempunyai sejarah perjalanan ke Ind0nesia pada Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau adalah pengerusi surau kawasan setempat beliau.
“Beliau mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 18 Mac 2020.
“Beliau disahkan p0sitif C0v-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meningg4l dunia 22 Mac 2020 jam 9.05 malam. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya di Facebook (FB).
Mangsa, Haji Kamaruddin Ismail, Pengerusi Surau As Sobirin Damai Rasa, Alam Damai, Cheras dan Timbalan Pengerusi Masjid Al-Muklisin, Alam Damai menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada jam 9.55 malam.
Arwah yang berasal dari Kemaman, Terengganu sememangnya terkenal sebagai seorang yang sangat ramah dan mesra serta murah dengan senyuman.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan buat ahli kariah Alam Damai.
Al-Fatihah..
kredit : kulihatlangitbiru.com
Sumber : hmetro