Di saat barisan hadapan terutama para doktor, jururawat dan petugas kesihatan sedang bertungkus lumus merawat pesakit C0V-l9 yang saban hari semakin meningkat, terdapat segelintir rakyat yang masih ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Malah setakat hari ini, sudah 19 kem4tian direkodkan namun keadaan serius sebegini masih tidak menginsafkan orang ramai.
Ini kerana, masuk hari kelapan perintah kawalan pergerakan menyaksikan jumlah pergerakan kenderaan di sekitar jalan raya utama di negeri Kelantan kembali meningkat.
Tinjauan MaIaysiakini mendapati, banyak kenderaan khususnya orang awam masih berdegil dan tidak akur dengan perintah tersebut dengan pelbagai alasan.
Antara alasan paling kerap diberikan adalah untuk keluar ke pasar raya atau kedai-kedai untuk membeli barang keperluan, mengambil duit di bank dan membayar bil utiliti.
Selain itu, faktor penerimaan gaji bulanan juga menyebabkan orang ramai mengambil peluang untuk keluar membeli barangan keperluan harian.
Seorang kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Ismail, 40, berkata, dia mengambil peluang untuk keluar rumah hari ini untuk membeli barang keperluan harian selepas seminggu berada di rumah.
” Macam saya tiada pilihan, terpaksa keluar kebetulan hari gaji. Terpaksalah keluar beli barang keperluan.
” Stok makanan pun dah habis, keperluan anak-anak berkurang. Terpaksalah keluar ke pasar raya,” katanya.
Sebagai rekod perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac dan terbaru akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dalam usaha mengekang penularan wab4k C0V-l9.
Berdasarkan pemerhatian MaIaysiakini, jalan utama yang sibuk dengan kenderaan awam di sekitar Kota Bharu, hari ini, antaranya di Jambatan Sultan Yahya Petra, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Jalan Telipot, Jalan Lembah Sireh dan sekitar Kubang Kerian.
Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan berkata, pihaknya mengakui belum berpuas hati dengan tahap kepatuhan orang awam khususnya di kawasan bandar Kota Bharu.
Katanya, melihat kepada jumlah kenderaan yang masih banyak sehingga hari ini menunjukkan seolah-olah sekatan yang dilakukan pihak p0lis tidak memberi kesan kepada masyarakat.
Semua laluan masuk ke Kota Bharu ditutup
Suhubungan itu, difahamkan Polis Kelantan akan menutup semua laluan masuk ke bandar Kota Bharu berkuatkuasa hari ini (Rabu).
” Justeru, berkuat kuasa hari ini, kita mengambil pendekatan lebih tegas terutama di Kota Bharu iaitu hanya membenarkan mereka yang mempunyai urusan betul-betul penting sahaja termasuk yang bekerja dibenarkan masuk ke bandar.
” Mereka yang menggunakan alasan tidak konkrit termasuk hanya keluar untuk membayar bil elektrik, akan diminta pulang semula.
” Kita akui tindakan yang diambil akan mendatangkan kem4rahan di kalangan masyarakat, namun kami terpaksa melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di sekatan jalan raya, di Kota Bharu, hari ini.
Sehubungan itu tegasnya, pihak polis merayu orang ramai benar-benar akur kepada perintah kawalan pergerakan.
” Satu Malaysia sedia maklum, kena ingat PKP supaya tiada pergerakan kecuali mereka yang bertugas dan ada keperluan penting. Yang tak perlu pergerakan duduklah di rumah, tak perlu bercampur dengan sesiapa.
” Ini adalah perintah, saya minta semua orang akur,” ujar.
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.
Sumber : malaysiakini