Pelawak, Harith Iskander berkongsi sebuah video menggambarkan keadaan sukar yang sedang melanda Amerika Syarikat.
Video tersebut merakamkan kata-kata wanita yang bertugas yang difahamkan bertugas sebagai jururawat, terpaksa berhenti kerja kerana mengakui akan risiko jangkitan yang berlaku.
Ini kerana, dia mendakwa petugas hospital tidak disediakan dengan alatan perlindungan secukupnya bagi merawat pesakit.
Jelasnya sambil mengalirkan air mata, dia ditugaskan merawat seorang pesakit yang dijangkiti C0v1d-19 di Unit Rawatan Rapi, namun tiada seorang pun kakitangan hospital dibekalkan dengan topeng muka.
Lebih menyedihkan, kesemua kakitangan didakwa turut berhubung rapat antara satu sama lain tanpa sebarang alatan perlindungan diri.
Jelas wanita itu lagi, dia faham akan kekurangan peralatan, namun dia juga harus melindungi diri dan keluarga daripada terkena jangkitan.
Katanya, keadaan tidak akan bertambah baik melihatkan bagaimana Amerika Syarikat menguruskan pandemik global itu.
Malah menurut seorang lagi petugas barisan hadapan, dia kecewa dan t4kut kerana mereka sendiri tidak mampu melindungi diri daripada jangkitan.
Antara lain, dia memberi perumpamaan, bagaimana mahu memadamkan api jika hanya diberikan pistol air.
“Our frontliners are our heroes at the moment. As a Malaysian it is our duty to support them to support us.
“That’s why my team at @thehopebranch.my has been using the funds raised to work hard and purchase and distribute aid to our frontliners. Face masks and surgical gowns already handled.
“Kudos @kementeriankesihatanmalaysia is doing an amazing job given the circumstances,” tulis Harith pada ruangan kapsyen video yang dikongsikan.
Rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat kakitangan barisan hadapan Amerika Syarikat dalam menghadapi pandemik ini.
Setakat 2 April petang, Amerika Syarikat telah mencatatkan kes sebanyak 215,344 dengan 5112 jumlah kem4tian.
Kredit : MH
Foto : Instagram Harith Iskander