Home Petua Tips “Mama Dah Kembali Kepada Allah,Kenapa Awal Mama Pergi” Luahan Anak Sulung Arwh...

“Mama Dah Kembali Kepada Allah,Kenapa Awal Mama Pergi” Luahan Anak Sulung Arwh Dan Suami Undang Rasa Sebak

480
0

Masih terasa kita pemergian seorang muslimah yang heb4t di negara kita iaitu Ustazah Shadiya Abbas yang pulang
ke Rahmatullah beberapa hari yang lepas.Kalau kita semua amat terasa kehilangannya apatah lagi suami dan anak
anaknya.

Pemergian seorang pendakwah dan penceramah bebas ini , iaitu Ustazah Shadiya Abbas pastinya amat terasa terutamanya
anak anak yang masih perlukan belaian kasih seorang ibu tapi apa pun kita hanya merancang tapi perancangan Allah SWT mengatasi segala galanya.

Sebelum ini, suaminya iaitu MK Azman pernah memuatnaik posting manis sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-17 tahun. Tidak sangka pula dia dan anak-anaknya terpaksa menerima pemergian isteri tercinta.

Sementara itu, anak sulung kepada Ustazah Shadiya Abbas iaitu Ahmad Al-Fateh juga meluahkan rasa sebak akan kehilangan paling bermakna dalam hidupnya.

Mama adalah hero saya

Innalillahiwainnailaihiroojiun… Mama dah kembali kepada Allah, kenapa awal mama pergi?

Mama mesti menikmati di syurga kan? Seronoknyaa… Mama, tahun lepas raya 2019 tapi raya tahun ni (2020) dah tak ada peluang untuk mama suapkan saya. Mama masak sedap-sedap.

Mama adalah hero saya, time saya susah mama yang tolong saya. Bila saya stress, mama tenangkan saya.

Bila saya marah kat mama, mama redha dengan apa yang saya buat kat mama. Mama dah tolong banyak orang termasuk saya. Mama la mama yang paling terbaik. Tak sempat saya nak peluk mama.

Salam mama. Cium pipi mama. Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita. Saya menangis mama dah tak ada bila saya baca group Whatsapp. Saya rasa mustahil mama dah tiada di hati saya. Mama sentiasa doakan saya supaya saya menjadi seorang penghuffaz Al-Quran.

Banyak nasihat mama dekat saya

Mama juga ada tegur, nak main game tu, kena ada masa dia.

Jangan main selalu dan jangan sampai ketagih macam d4dah. Haihh.. banyak nasihat mama dekat saya. Terima kasih mama sebab jadi mama saya.

Mama dah buat macam-macam yang saya nak.

Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus.

Assalamualaikum mama. InsyaAllah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma? Sayang mama!!! Korang yang ada ummi atau ayah, hargailah mereka kerana kita tak tahu bila masa Allah akan tarik nyawa mak ayah korang.

Luahan suami

Setelah 17 tahun. Kami bertemu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tak kenal pun siapa tu Shadiya Abbas. Ketika itu, saya mahasiswa tahun 3 dan bekas tunang saya baru tahun 2.

Kami berkerja bersama semasa saya diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Penerbitan PMIUM. Persatuan yang tersohor ketika itu.

Semua orang kenal persatuan ni. Bekas tunang saya ni, jadi AJK saya.

Masa tu saya tiada siapa-siapa untuk dijadikan teman hidup. Maklumlah saya ini rupa tak ada, miskin pula tu. Tak berani nak approach siapa-siapa.

Maka saya berdoa kepada Allah agar didatangkan seorang mahasiswi yang saya sebut ciri-cirinya dalam doa saya. Akhirnya, Allah datang budak kecil tu. Dalam hati saya dok sangka yang ni kot.

Kenapa saya pilih dia?

 

Lepas itu, bila dah kenal family dia, kami pun kahwin la. Alhamdulillah dah 17 tahun melayari bahtera bersama. Dikurniakan zuriat 3 orang. Kenapa saya pilih dia? Sebab orang lain tak mau kat saya. Sebab dia pandai cakap. Dia ada ilmu. Dialah juga guru saya.

Sebelum kuliah, saya akan rujuk beliau. Dapatkan ilmu dari beliau. Dia simpan banyak doa, doa untuk penyembuhan, doa asma ul a’dzom, doa penunduk. Selamat ulang tahun perkahwinan ke-17 tahun buat kita.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Kredit : ohbulan.com

Sumber : MK Azman,Ahmad Al-Fateh

Previous article“Sepatutnya aku suamimu” – Bercinta Sampai 6 Tahun, Lelaki Meratap Tengok Teman Wanita Nikah Dengan Orang Lain
Next articleBuang Semua v1rus, Tapi Jangan Undang Murka Allah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here