Macam yang korang tahu, lepas kecoh isu Vivy Yusof menidakkkan bantuan kerajaan terhadap golongan B40 dan M40, ramai netizen pakat tandatangan petisyen khas mendesak Vivy letak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.
Disebabkan ramai orang mar4h dengan insensitive statements Vivy ni, 230,000 orang dah tandatangan petisyen tersebut kerana bagi dorang, Vivy tak layak untuk sandang jawatan tersebut.
Tak berapa lama lepas ini, Vivy ada membuat video permohonan maaf secara terbuka namun turut menyatakan yang dia akan menyam4n individu yang membuat petisyen tersebut dan orang-orang yang “putar belitkan” kenyataannya itu.
Ekoran dari kenyataannya ini, lagi ramai netizen yang mar4h kerana bagi dorang petisyen tersebut adalah hak mereka.
Pun begitu, semalam, individu yang telah merangka petisyen untuk membuang Vivy dari menjadi ahli lembaga pengarah di UiTM telah mengeluarkan statement yang mengecewakan orang ramai yang dah sign petisyen tersebut.
Saya telah membuat keputusan untuk buang petisyen ini sebab masalah ini telah selesai dan petisyen ini akan dipad4m secara kekal. Terima kasih semua kerana sokong.”
“Senang sangat goyang”
Screenshot yang dikongsi oleh @pedoqpop di Twitter ini telah mengundang kemar4han orang ramai yang menganggap individu tersebut telah mendapat bayaran dari pihak Vivy untuk padamkan petisyen tersebut.
Orang ramai yang sign petisyen ini turut meluahkan rasa kecewa dan meminta sesiapa untuk buat semula petisyen baru.
Hmm takde hasil…
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : lobakmerah