Terdahulu, media melaporkan mengenai kematian lima sekeluarga yang disahkan positif C0vid-19 kerana dipercayai berpunca daripada kluster import, iaitu berpunca daripada rakyat Malaysia baru pulang melancong dari Itali.
Justeru, ramai yang menjangkakan mungkin salah seorang daripada ahli keluarga merupakan individu yang baru pulang dari Itali.
Walhah, hakikatnya mereka semua merupakan mangsa dan bukan pembawa virus tersebut.
Keluarga pula kena tuduh jadi punca
Menerusi perkongsian di Facebbok salah seorang ahli keluarga mangsa, dengan nama akaun Sharifah Huzaimah War Al-Edruce, telah menjelaskan kronologi kluster yang berlaku di Kampung Patinggan, tempat dimana lima sekeluarga itu tinggal.
Bermula selepas kem4tian nenek saudaranya, Nek Usu yang meninggal dunia dan majlis pengebvmian dilakukan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Punca daripada rakan pejabat
Sebenarnya, virus tersebut berpunca daripada salah seorang rakan pejabat anak kepada nenek saudaranya, Nek Usu Kayah, yang baru pulang dari Itali bercuti.
Difahamkan, rakan pejabat enggan membuat kuarantin di rumah selepas pulang dari Itali, tetapi terus masuk ke pejabat dan bekerja seperti biasa.
25 ahli keluarga disahkan positif C0v1d-19
Sejak 27 Mac lalu, hampir 25 ahli keluarga telah disahkan positif Covid-19. Malah bapanya yang juga positif, sudah berada dua hari di wad ICU dan memerlukan bantuan pernafasan kerana paru-paru sudah dijangkiti.
Inilah wajah lima ahli keluarga yang terk0rban akibat daripada wabak pembunuh ini, tetapi ahli keluarganya yang lain masih lagi berada di wad kuarantin.
Jangan beri tekanan pada keluarga itu
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Dzulkarnain Bin Zulkipli, turut meminta agar orang ramai tidak memberi tekanan kepada keluarga ini lagi, dan cukuplah dengan segala dugaan yang telah mereka lalui.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan melaporkan seramai 37 orang dijangkiti dipercayai berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu yang baru pulang dari Itali.
Sumber : Sharifah Huzaimah War Al-Edruce &Dzulkarnain Zulkipli