Tindakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Mohamad Zuhdi berkongsi status berada di Turki menikmati aktiviti luncur salji pada 15 Mac lalu menerima krit1kan hebat.
Pada 5 April, Mohamad Zuhdi memuat naik status memaklumkan dia positif C0vid-19. Terbaru, dia memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Corona virus takut salji
Dalam status 3 hari sebelum Malaysia mengumumkan perintah kawalan pergerakan itu, Mohamad Zuhdi berkongsi status sedang makan tengah hari dan kemudian akan bermain salji.
Tambahnya, ‘orang tua-tua kata Corona virus takut salji’. Status itu dipercayai sudah dipadamkan dari Facebooknya.
Malahan, satu tabung derma kilat turut dilancarkan parti itu untuk memberi sumbangan kepada Mohamad Zuhdi yang dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Jawab kec4man
Terima kasih kepada semua yang mengikuti perkembangan saya. Alhamdulillah saya telah dipindahkan di tempat paling stabil.
Kali ini saya rasa terpanggil untuk menulis sedikit setelah ada beberapa pihak yang mula mengecam saya sebab ke Turki bermula tengah hari tadi. Saya membaca kecaman mereka dengan senyuman dan mendoakan mereka dalam keadaan selamat, jika dengan kecaman tersebut boleh hindarkan anda dari virus ini maka teruskan kerja anda. Saya tahu dalangnya!
Untuk makluman semua, saya bekerja dengan travel agency In Saff Travel, bukan baru, lama dah, tentulah ada plan travel tahunan. Bukan hanya ke Turki, jika ikut jadual 1 April saya ke Mekah, lepas musim haji saya akan ke Jordan, Al Aqsa dan Umrah.
Saya ke Turki pada 13 Mac 2020 bersama Kembara Mukmin Travel dan ketika itu Turki belum ada kes COVID19, waktu itu juga belum ada arahan PKP, arahan PKP diumumkan oleh Perdana Mentri bermula 18 Mac 2020, jadual kami pulang ke Makaysia 22 Mac 2020.
“Orang tua-tua kata corona takut dgn salji” itu ayat gurauan, tentu kita nak minta hindar, tak kan tak faham kot.
Kami balik dari Turki 22 Mac dan ikut arahan KKM kuarantin di rumah masing² jangan berjumpa sesiapa. Kami semua ikut arahan tersebut.
Viral gambar saya di Turki dan main salji, gambar itu bertarikh 15 Mac dan begitu juga dengan poster kutipan derma kilat, saya sendiri pun tidak tahu, baru tadi pihak lajnah kebajikan pemuda hubungi saya nak serahkan sumbangan rm3000, saya sendiri tidak terima dan mohon diberikan kepada NGO yg banyak membantu masyarakat diluar sana yg sangat memerlukan.
Saya nasihatkan yg tidak tahu apa-apa ambillah AL QURAN dan isikan masa anda dengan bacaan AL QURAN.
Sumber : Mohamad Zuhdi