Home Petua Tips Zara Zya dah jumpa pengganti, Jihan kata abang iniform – “Doakan baik-baik...

Zara Zya dah jumpa pengganti, Jihan kata abang iniform – “Doakan baik-baik , gementar tapi bahagia”

323
0

PELAKON Zara Zya mengakui dirinya sedang bahagia bersama insan tersayang apabila menulis kapsyen romantis di Instagram.

Zara bagaimanapun berkata, terlalu awal untuknya mendedahkan identiti lelaki tersebut kerana mereka masih dalam proses perkenalan.

“Betullah tu! Saya sedang berkawan rapat dengan seseorang yang istimewa dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Doakan baik-baik! Walaupun nervous tapi bahagia,” katanya kepada mStar.

Pada Sabtu lalu, menerusi Instagram, Zara berkongsi foto serta kapsyen memberitahu hatinya kini sudah dimiliki.

 


Kapsyen ditulis Zara menarik perhatian pengikut dan rakan artis.

Dalam kapsyen tersebut, dia turut memberi bayangan jejaka itu bukanlah seorang selebriti.

“Walaupun bidang kita berlainan… walaupun pelbagai watak yang saya lakonkan… walaupun pelbagai hero yang pernah bergandingan dengan saya, namun awak antara yang teratas di hati saya. Terima kasih terima saya seadanya. Saya sangat bahagia sekarang!,” tulisnya.

Perkongsian Zara itu menerima pelbagai komen daripada pengikut termasuklah rakan artis antaranya Jihan Muse.
“Selalu mendoakan kebahagianmu walaupun aku suka buli kau. Yang ni aku approve.

Tapi ingat pesan mak jangan bagi 100 peratus hati tu nanti sakit lagi, sukalah abang uniform, PKP ni pusat kenal pasangan,” komen Jihan.

 

Zara beri bayangan teman istimewa dari bidang berlainan dan bukan seorang selebriti.

Sementara itu, Zara berkata jejaka berkenaan bukanlah anggota beruniform seperti yang diperkatakan oleh pengacara Gegar Vaganza itu.

“Jihan pun tak tahu siapa… salah faham tu! Boleh jadi dia cakap beruniform sebab sekarang ni kan PKP, semua petugas beruniform sahaja yang keluar rumah.

“Siapa pun jejaka itu, biarlah rahsia dulu!,” ujarnya.

Pelakon drama Seadanya Aku ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam pada Oktober tahun lalu, namun hanya bertahan selama tiga bulan.

 

Sumber : Mstar

Previous article“Wardina Safiyyah jelaskan, tak elok hidup tidak dihargai. Lebih baik berpisah!”
Next article“Apa gunanya kita ada bangunan penc4kar langit, di celah-celah itu wujudnya golongan seperti ini”-Annuar Musa sebak gagal kawal emosi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here