Home Petua Tips ‘Trag3di’ PKP! Pelajar Ini Kuyup Dalam Kereta Sendiri, Air Bertakung Gara-Gara Bumbung...

‘Trag3di’ PKP! Pelajar Ini Kuyup Dalam Kereta Sendiri, Air Bertakung Gara-Gara Bumbung BerIubang.

384
0

“Saya keluar pasar raya, tengok bumbung kereta dah berlub4ng.”

Begitulah apa yang dialami Alif Dinie Azlan, 19, susulan video keretanya yang dimasuki air tular di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 10 saat yang dimuatnaik pada Selasa lalu itu menunjukkan situasi cem4snya apabila kereta yang dinaiki ‘banjir’ dengan air hujan.

Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Alif yang tinggal bersama dua rakan pergi ke pasar raya yang terletak di kawasan perumahannya.

“Saya pergi pasar raya sebab nak beli barang keperluan, dekat je jarak rumah dengan kedai. Bila nak masuk kereta balik, tengok bumbung dah berlub4ng dan cermin ret4k.”

“Saya letak kereta di hadapan sebuah apartment, saya tengok masa tu ada sebuah batu yang warnanya sama dengan bangunan 30 tingkat tersebut.”

“Batu sebesar botol minyak masak saiznya, bila j4tuh atas kereta tu terus berlub4ng,” ujar Alif yang tinggal di Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Batu sebesar botol minyak itu j4tuh dari sebuah apartment menyebabkan bumbung kereta Alif berlub4ng.

Tambah Alif, ketika kejadian bumbung kereta b0cor kira-kira jam 5.30 petang itu, hujan turun dengan sangat lebat.
“Petang tu hujan lebat sampai ada beberapa kawasan sekitar perumahan kami dinaiki air.”

“Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, memang basah kuyup dan air bertakung dalam kereta.”

“Tempat letak air tin tu pun bertakung dengan air. Keesokan harinya saya jemur kereta untuk biarkannya kering,” ujar Alif yang memberitahu itu merupakan pengalaman pertamanya menghadapi situasi seperti itu.

Ketika ditanya mengenai keadaan terkini kenderaan milik arw4h bapanya itu, Alif memberitahu bahawa dia sudah membuat lap0ran polis untuk membuat tuntutan insurans.

“Saya tak sal4hkan sesiapa, mungkin juga disebabkan benc4na alam, sebab petang tu angin sangat kuat dan hujan lebat.”

“Kos nak baiki ni semua lebih kurang RM10,000 juga. Cermin ret4k, bumbung berlub4ng dan juga bahagian dalam kereta juga ada yang r0sak,” jelas Alif yang merupakan penuntut di Kolej Universiti KDU dalam jurusan perniagaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alif merupakan penuntut jurusan perniagaan di Kolej Universiti KDU.

Video yang dimuat naik di Twitter oleh rakannya menggunakan akaun @PelayarHighway itu sehingga kini mendapat 203,500 tontonan serta 13,200 retweet (ulang kicau).

Rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut yang disifatkan sebagai perkara yang jarang berlaku.
“Ni kereta ke Titanic?” tanya seorang pengguna Twitter.

“Lepas ni tampal pakai maggi. Dapat jimat bajet,” tambah netizen lain.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: mStar

Previous article“Apa gunanya kita ada bangunan penc4kar langit, di celah-celah itu wujudnya golongan seperti ini”-Annuar Musa sebak gagal kawal emosi
Next articleAlhamdulillah 41 Tahfiz Madrasah Miftahul Ulum positif CVID-19 telah sembuh dan discaj keluar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here