KRISIS Covid-19 yang dihadapi negara ketika ini bukan masa untuk mencari siapa lebih popular, sebaliknya semua pihak perlu berusaha untuk mendepani dan menangani isu berkenaan secara bersama.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia kini berdepan krisis kesihatan dan ekonomi terbvruk dalam sejarah.
sehubungan itu, beliau berkata, usaha perlu ditumpukan untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah itu.
“Kita bukan sahaja perlu ucap terima kasih kepada barisan hadapan, bahkan kita perlu sama-sama tunjuk sokongan dan beri perhatian dengan menyahut nasihat yang diberikan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi akaun Twitternya @chedetofficial hari ini.
Sehingga 12 tengah hari, hari ini jumlah kes positif Cvid-19 di Malaysia adalah 4,683 dengan 76 kem4tian.
Antara komen komen netizen
Selamanya takkan ada yg lebih popular dr Atuk..Atuk dah tau yg atuk x kan boleh mengatasi serangan virus Cor0na atas kesilapan atuk tak membendung dr awal maka atuk awal awal angkat kaki dan segala bahana ni atuk letak pada org lain…bila dah nampak ada keberkesanan dgn langkah 2 pengawalan virus dr kerajaan dan dan atuk n team atuk nk claim ye.. berehat la atuk.. rakyat bersama PN sekarang..
Siapa yg boleh handle negara tnpa ada rasa panik terhadap rkyt dan rkyt pun selesa dgn beberapa kebaikan utk mereka d masa wabak cvid19 ni sedang melanda negara..maka itu lh yg org pling popular d mata rkyt mlysia
Sumber : hmetro