Home Petua Tips Tak dapat nak jual tin sebab PKP, segan pula nak minta tolong...

Tak dapat nak jual tin sebab PKP, segan pula nak minta tolong jiran atuk ini sanggup berlapar

240
0

Sepanjang tempoh PKP ini masih berjalan, pasti menjadi satu dugaan yang besar buat segelintir masyarakat yang mengharapkan pendapatan harian.

Seperti kisah seorang lelaki warga emas ini yang hanya mendapat pendapatan dengan hanya mengutip tin kosong untuk dijual di kedai besi buruk.

Duit jual tin sara hidup

Menerusi perkongsian Facebook seorang sukarelawan dikenali sebagai Farizzal Izz, memberitahu hasil wang jualan itulah yang digunakan warga emas itu untuk menyara kehidupan.

Namun, disebabkan dalam tempoh PKP masih dijalankan menyukarkannya untuk keluar mencari tin kosong, menyebabkan bekalan makanan sudah terputus.

Segan nak minta tolong jiran

Difahamkan, warga emas ini terkena strok sebelah badan. Apa yang lebih menyukarkan, dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu dia terpaksa berhadapan dengan masahlah rumah uzur dan selalu dimasuki air.

Apabila air masuk ke rumah, sukar untuk dia memasak. Warga emas ini meluahkan rasa segan untuk meminta pertolongan jiran, disebabkan itulah dia selalu tiada makanan untuk dimakan.

Harap dapat bantuan yang sepatutnya

Dalam pada itu, netizen berharap agar nasib pakcik ini mendapat pembelaan dan ada bantuan yang layak diterima sebagai kelangsungan hidup.

Kesian pakcik ni

Jiran patut main peranan

Kesian melihat nasib warga emas, diharapakan selepas ini ada pihak NGO datang membantu dan menghulurkan bantuan.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Kredit : ohmymedia,kisah dunia

Sumber : Farizzal Izz

Previous articleAkhirnya kantoi, Najwa Mahiaddin jadi punca Remix ‘Kesana Kesini’ tvlar
Next article“Keluarga Tan Sri semua sihat?” – Agong tanya khabar PM, rakyat pula sebak dan tersentuh hati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here