“Jadi dalam musim PKP ni, tak payah sindir-sindir. Sedap la kerja kerajaan, tak kerja boleh duit. Eh eh.. nak dapat yang sedap nih, seksa, susah, penat macam-macam dah rasa nak dapat kerja nih.”
Di kala ramai pekerja swasta yang dipotong gaji serta golongan peniaga yang tiada pendapatan mengeluh akibat PKP ini, mereka yang bekerja di sektor kerajaan masih mendapat gaji bulanan yang selesa.
Ini menyebabkan ramai yang berasa iri lalu mula mengeluarkan ayat-ayat seperti “untungnya orang gomen” dan sebagainya.
Hal ini membuatkan seorang pengguna Facebook tampil membela geng pekerja gomen ini. Baginya golongan yang bekerja di sektor kerajaan ini gajinya tidaklah sebanyak mana pun. Lagi-lagi yang berpangkat bukan pegawai, maka lebih rendah gajinya berbanding mereka yang bergelar usahawan.
Jadi, janganlah menyindir-nyindir dengan ayat yang menyakitkan hati kerana hakikatnya, hanya mereka sahaja tahu.
Bagi Wawa, kelebihan sebagai pekerja kerajaan adalah jaminan kerja sahaja tetapi bukanlah hingga mengumpul kekayaan.
Jika nampak mewah sekalipun, ianya mungkin kerana hutang atau pun memang berasal dari keluarga yang berada. Jadi, janganlah menilai dari luaran semata-mata.
Malahan, jika ada yang berasa susah saat ini, akan ada pekerja kerajaan yang boleh membantu.
“Kalau rasa seksa sangat, siapa yang tiada beras, lauk nak bagi makan anak kat rumah, jangan malu segan nak minta bantuan rakan kerja kerajaan yang Kita kenal.Semua orang sedia membantu.”
Ianya disokong oleh kaki tangan kerajaan yang lain dengan mengatakan, bersyukurlah dengan rezeki yang ada.
Bagaimanapun, ada juga warganet yang tidak berpuas hati apabila Wawa membandingkan dengan golongan peniaga yang kononnya hidup mewah.
Antara kerja kerajaan dengan kerja swasta, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.
Terpulang kepada kita untuk mencorakannya.
Apa pun, lebih elok kita menolong antara satu sama lain berbanding menunding jari ke arah orang lain.
Bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Jadi, jom membantu mereka dalam kesusahan.
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.
Sumber : CARI