Home Petua Tips Tunku Idris minta Wak D0yok beri penjelasan gara-gara cincin lambang peribadi Sultan...

Tunku Idris minta Wak D0yok beri penjelasan gara-gara cincin lambang peribadi Sultan Johor

330
0

SEJAK awal pagi Selasa netizen mula menghujani ruangkan komen di Instagram personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok gara-gara sebentuk cincin.

Semuanya bermula selepas Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim memuat naik satu paparan skrin daripada posting Instagram yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Sehubungan itu Tunku Idris menuntut Wak Doyok memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“@wakdoyok care to explain? This is against the law,” tulis Tunku Idris di Instagram.

 

Paparan skrin daripada Instagram Tunku Idris.

Cincin berkenaan dipercayai ditempa khas untuk Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, berdasarkan kapsyen pada gambar tersebut.

“Sedia untuk dihantar kepada Wak Doyok,” tulis pengendali Instagram Caroz Wooden iaitu sebuah syarikat pengeluar barang perhiasan.

Wak Doyok juga dilihat membuat komen balas dengan emoji terima kasih pada posting berkenaan.

Johor mula menguatkuasakan undang-undang terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama.

Enakmen itu memperuntukkan undang-undang ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaan atau persendirian.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Wak Doyok tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Sumber : mstar

Previous article“Jual tembikai depan rumah pun nak kena sita ke” Pakcik ni ‘sekolahkan’ pihak berkuasa
Next articleSelepas 46 Tahun Menanti Zuriat, Ibu Berusia 68 Tahun Selamat Melahirkan Bayi Kembar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here