Home Petua Tips Boleh Ke Rakyat Balik Kampung Untuk Hari Raya Aidilfitri Slps PKP Dilonggarkan....

Boleh Ke Rakyat Balik Kampung Untuk Hari Raya Aidilfitri Slps PKP Dilonggarkan. Ini Jawapan Dari Perdana Menteri

309
0

RAKYAT Malaysia tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan perutusan khas sempena Hari Pekerja, pada Jumaat.

Muhyiddin berkata, ia antara langkah yang digariskan selepas kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini.

Menurutnya, kerajaan sedia membuka semula aktiviti ekonomi secara terkawal dan berhati-hati mengikut syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Saya katakan hampir semua kerana masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi

“Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal,” kata Muhyiddin.

 

 

Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran tidak dibenarkan.

Selain perniagaan, aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan.

Ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium. Aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan

 

Boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton. Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumahrumah ibadat juga tidak dibenarkan.

Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.

 

Kredit Mstar

Previous article[Video] Willham Ott, Setelah Bbrp Minggu Bersyahadah, Kini Sudh Pandai Baca Al-Fatihah
Next article‘Tak sempat berbuka puasa di rumah’ Tanggal Ramadhan ke 7 Mlm Jumaat lelaki m4ut kem4langan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here