Pelakon Datuk Fizz Fairuz dan isterinya Datin Almy Nadia sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil membuat siaran langsung menerusi Instagram Live bersama selebriti media sosial Indonesia, Mimi Peri.
Menerusi siarang langsung tersebut, ketiga-tiga mereka dilihat saling bergurau dan berjenaka sesama sendiri hingga menyebabkan Almy Nadia tidak menahan ketawanya sepanjang live berkenaan.
Malah, gelagat Mimi yang mengaku sebagai isteri kedua Fizz Fairuz turut membuat ramai netizen ‘pecah perut’.
“Oh suamiku, ganteng sekali suamiku
“Aku isteri keduamu, lihatlah isterimu dari kayangan” kata Mimi.
Beberapa potongan rakaman live berkenaan telah mula viral di Twitter.
Rata-rata netizen terhibur dengan gaya sponton ketiga-tiga selebriti itu.
Tidak kurang juga yang memuji Fizz Fairuz yang sporting melayan kerenah Mimi Peri.
Ya Allah aku ngakak tgk mimi peri live dgn almynadia ne AHAHHAHAHA… pic.twitter.com/Ddyw0dZ0om
— iamisfaazruel (@isfazrueluk) May 1, 2020
Terdahulu Fizz Fairuz membuat kejutan dengan menghadiahkan nyanyian dan ucapan istimewa Mimi Peri sempena sambutan ulang tahun Almy yang ke 34.
Video berkenaan juga turut viral dan mencuri tumpuan netizen.
Untuk rekod, Mimi Peri mempunyai lebih 1.6 juta pengikut dikenali dengan karakternya yang mencuit hati yang sering menggelarkan dirinya sebagai orang kayangan.
Sumber gempak