Home Petua Tips Wah… Taiwan, Korea, Vietnam Turut Amalkan Kaedah Malaysia Tangani COVID-19 & Mereka...

Wah… Taiwan, Korea, Vietnam Turut Amalkan Kaedah Malaysia Tangani COVID-19 & Mereka Berjaya!

286
0

Kaedah yang digunakan Malaysia untuk menangani wbak COVID-19 turut diamalkan di Taiwan, Korea Selatan serta Vietnam dan apa yang pasti negara-negara terbabit telah berjaya menangani penularan virus berkenaan.

Memetik laporan Astro AWANI, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiga negara itu juga berjaya kerana kepatuhan rakyatnya terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa masing-masing.

“Memang kaedah ini diamalkan di Taiwan, Korea Selatan dan mereka berjaya dan sekarang ini Vietnam juga melaksanakan kaedah-kaedah PKPB dan bukan PKP.

Kenapa mereka berjaya? Kalau kita kaji kenapa mereka berjaya tanpa halangan ekonomi contohnya di Taiwan.

“Mungkin mereka telah melalui peper4ngan. Jadi mereka memastikan kepatuhan kepada SOP untuk mereka hidup.

Kalau konsep ini dipraktikkan di Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam jadi kita harap rakyat kita patuh dan ada disiplin sosial yang tinggi dan mungkin kita akan berjaya,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya pada Rabu.

Malah, beliau menyatakan COVID-19 di Malaysia ketika ini terkawal di sebalik jumlah kes harian yang dilaporkan.

“Kita sudah kurangkan kes kepada dua angka. Dalam modelling kita, kita tertinggal seminggu.

Jadi kita ada seminggu lagi. Modelling kita sepatutnya 5 Mei, tetapi kita anjakkan ke 12 Mei untuk kita capai sama ada dua atau satu angka.

“Apa yang penting terkawal, maknanya hospital kita dapat menampung kes COVID-19. Hari ini penggunaan wad dan ICU berkurangan, mereka yang perlu bantuan pernafasan berkurangan.

Jadi ada keperluan PKPB. Kejayaan PKPB bukan bergantung kepada KKM atau kepada kerajaan tetapi rakyat Malaysia.

“Jaga jarak sosial, pakai topeng, basuh tangan dan elak perhimpunan. Selagi kita tidak jumpa ubat COVID-19 selagi itu kita kena hidup dengan COVID-19 dalam hidup kita,” tambahnya.

Sumber: Astro AWANI

Previous article‘Akhirnya’ Tiada caj tambahan bagi ansuran perjanjian sewa beli
Next article“Saya dipenj4ra 8 hari, anak Zahid didenda RM800. Kenapa berat sebelah?” – Ibu tunggal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here