Home Petua Tips Kata Kata ini Terkeluar Dari DS Siti Nurhaliza Pd Ebit Lew Bila...

Kata Kata ini Terkeluar Dari DS Siti Nurhaliza Pd Ebit Lew Bila Tolong Org Susah Di Negeri Kelahirannya

355
0

Nama Ebit Lew, terbayang seraut wajah yang polos,terpancar keihlasan,keletihan dan ketabahan dalam menunaikan dakwah,kebajikan,kerja-kerja amal,sedekah dan banyak lagi sehingga mendapat kec4man yang hebat.

Namun, sedikit pun tidak menggugat kegigihan dan semangat beliau untuk teruskan perjuangan membantu insan- insan yang memerlukan.Malah,setiap tomahan dan kecaman dihadapi dengan tenang dan sabar.

Terbaru, Ebit Lew berkongsi dia media sosial Facebook dan Instagram miliknya, kisah seorang ibu tunggal bersama 4 orang anaknya yang daif di Tanjung Lumpur,Kuantan.

Sebelum itu

Apatah lagi selepas beliau berkongsi satu gambar keluarga miskin yang akhirnya menjadi perdebatan hangat yang dikaitkan dengan Ustaz Abu Syafiq.

Ustaz Ebit Lew akhirnya dipanggil ke ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas ada orang membuat lap0ran terhadapnya.

Pihak polis bagaimanapun membenarkan Ustaz Ebit Lew untuk meneruskan kerja amalnya. Sejak itu, beliau semakin bersemangat bergerak ke seluruh pelusuk tanah air membantu orang miskin.

Ebit Lew Di Pahang Pula

Perkongsian terbaru Ebit Lew di Facebook yang berkunjung ke sebuah rumah serba dhaif di Pahang, menarik perhatian ramai apabila mendapat 110k likes dan 5.1k shares.

Berikut ‘posting’ Ebit Lew;
Sebak menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama 4 anaknya yang masih kecil dan bersekolah.

Anak yang 18 tahun, 17 tahun dan 9 tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat. Mak berlari tadah air. Akhirnya tak boleh tadah. Setiap hari bila hujan begitu.

Masing-masing menangis kasihan pada ibunya. Tapi mereka memang susah dari dulu. Kakak duduk asrama, kasihan ibu sekaranh duduk rumah. Sekolah banyak membantu juga di sekolah.

Dulu kakak ni kerja guard dan berhenti. Anak sulung baru kerja 2 bulan dapat rm800. Sekarang dah takde gaji takde duit musim PKP. Makan maggi kongsi adik beradik. Basah semuanya. Dah 2 tahun duduk begini.

Bila adik 9 tahun dan 17 tahun menangis. Hati saya jadi pilu sangat. Tengoklah atap tu. Tiada bilik. Tiada katil atau tilam. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Bagaimanalah ada keluarga hidup begini 2 tahun.

Rupanya dapat mesej dari anak keluarga yg dibantu

Adik ni baik-baik semuanya. Besar nak jadi apa. Seorang tu nak jadi polis. Mereka bela ayam sedikit. Tapi musang makan ayam. Jadi tak kemana berniaga. Saya beli semua ayamnya dan anak ayam.

Adik ni sembunyi mesej saya tanpa pengetahuan maknya. Dia diam-diam mesej. Kerana tak tahan waktu hujan lebat. Dan kadang rumah semua berlubang. Anak dara susah dan takut nak mandi dan buat apa-apa. Ya Allah tuhanku.

Doakan saya tengah cari rumah untuk mereka. Mereka menangis bila ajak pindah rumah

Doakan ye.

Warganet sama-sama menyumbang

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Ebit Lew berkongsi ‘screenshot’ resit pemindahan wang ke dalam akaun khas dana kebajikan yang diuruskan oleh pendakwah popular itu.

” Sama-sama membantu. Tak perlu nak tuding jari sana sini walau pun kita boleh fikir ramai org sekeliling dia yang mampu utk membantu…Semoga ALLAH mempermudahkan urusan ustaz.. kalau aku senang suka utk aku bantu mcm ustaz buat.” tulis Anep

Pernyanyi Siti Nurhaliza pun komen

Usaha murni Ustaz Ebit Lew tersebut turut mendapat respon dari penyanyi tersohor tanahair, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

” Subhanallah ustaz.. Allah permudahkan perju4ngan ustaz”, tulis Siti Nurhaliza ringkas.

Umum mengetahui Siti Nurhaliza adalah penyanyi kelahiran Kuali Lipis Pahang. Mungkin kerana itu beliau berasa terharu Ebit Lew sudi datang sampai ke negeri Pahang membantu orang susah.

Apatah lagi kedatangan Ebit Lew setelah mendapat mesej peribadi dari anak perempuan keluarga yang dibantu itu yang menceritakan bagaimana keperitan hidup mereka seharian.

Siapa sangka Ebit Lew mendengar keluhan anak kecil yang tidak berkemampuan itu dan turun sendiri melihat keadaan keluarganya yang sememangnya sangat menyentuh perasaan.

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menangis di hadapan Ebit Lew ketika bercerita pasal Siti Aafiyah

PENYANYI popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika bercerita mengenai impiannya untuk mendapatkan cahaya mata ketika ditemubual pendakwah agama terkenal, Ebit Lew dalam satu program TV.

Menerusi perkongsian Ebit di akaun Instagramnya, @ebitlew, menyatakan penyanyi diminati ramai itu menangis ketika naik ke pentas untuk berkongsi pengalaman mempunyai anak.

“Ya Allah siapa sangkakan… dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukan @ctdk. Terasa dalam kata-katanya kerana diungkap dari hati yang ikhlas.. Allahu..,” katanya.

Dalam program tersebut, Ebit menyatakan dia juga terharu mendengar cerita yang disampaikan Siti kepada penonton.

“Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara Siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah.

“Bila saya tanya harapannya pada anaknya.. beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibuayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran,” katanya.

 

Sumber: Facebook,Instagram Ebit Lew

Previous articleDakw4an Jakel salur bantuan RM800K kpd SU Politik Mat Sabu, Ini respon Datuk Faroz
Next article“Kami selesa dgn TSMY…” – Netizen tolak ‘Usul Tak Pecaya PM’ selagi Covid-19 belum reda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here