Home Petua Tips Rumah Ni Nampak Meriah Beraya.Sekali Polis Dan Tentera Dtg Tanya Kabar

Rumah Ni Nampak Meriah Beraya.Sekali Polis Dan Tentera Dtg Tanya Kabar

1125
0

Walaupun kerajaan memberi kelonggaran untuk aktiviti kunjung-mengunjung pada musim perayaan ini, ia bagaimanapun terhad kepada hari raya pertama sahaja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan tetamu bermalam di rumah ahli keluarga yang dikunjungi sebenarnya adalah satu kes4lahan kerana mel4nggar garis panduan serta peraturan yang ditetapkan sebelum ini.

Keluarga ini dikunjungi Polis dan tentera

GEORGE TOWN: Kemeriahan hari pertama syawal yang diraikan ratusan keluarga di kediaman masing-masing, dekat Ayer Hitam, di sini menerima kunjungan ‘tetamu istimewa’.

Lengkap berpakaian seragam, ‘tetamu istimewa’ yang terdiri daripada pasukan polis dan tentera itu hadir bagi membuat pemeriksaan mengejut terhadap tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dari rumah ke rumah, pagi tadi.

Ketua Balai Polis Ayer Hitam, Asisten Superintendan Mohamad Fazly Abdullah, berkata pemeriksaan itu membabitkan kira-kira 200 kediaman, malah pihak berkuasa memberikan nasihat berkaitan kepada seisi keluarga untuk sentiasa mematuhi SOP ketika musim perayaan.

Berdasarkan perangkaan semasa, katanya, hampir 40 peratus daripada keseluruhan kediaman dalam kawasan mengikut bidang kuasanya terdiri daripada kelukarga Melayu.

“Kita melakukan rondaan di kawasan kejiranan berkaitan untuk memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan SOP.

“Setakat ini, kita berpuas hati dengan kadar pematuhan masyarakat, sekali gus mencerminkan bahawa mereka sedar mengenai bah4ya COV1ID-19 dan bertanggungjawab untuk menangani penularan jangk1itan w4bak berkenaan,” katanya, hari ini.

Disambut secara ramah, pemeriksaan di Kampung Masjid, dekat Jalan Zoo membabitkan seorang pegawai, lapan anggota polis dan tentera turut diperluaskan ke kediaman dekat Kampung Melayu.

Sementara itu, pesara, Zainudin Mat, 57, menyatakan kegembiraan terhadap kehadiran anggota pihak berkuasa yang mengendalikan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Kita faham mengapa pemeriksaan seperti ini harus dilakukan. Kita berterima kasih kepada polis dan anggota tentera yang terus berk0rban untuk memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Tidak dinafikan, kehadiran mereka membuatkan kita selamat dan terjamin, malah ia tugas pihak berkuasa untuk memantau pematuhan peraturan ketika PKPB.

“Sebagai sebuah keluarga, saya mengambil tanggungjawab untuk memastikan had jumlah tetamu yang dibenarkan untuk aktiviti ziarah ketika musim perayaan sentiasa dipatuhi,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini dilaporkan berkata polis dan tentera akan melakukan pemeriksaan ke rumah, ketika musim perayaan bagi memantau tahap pematuhan PKPB dan SOP dalam kalangan masyarakat.

Seiring kelonggaran yang diberikan, aktiviti ziarah dibenarkan hanya pada hari pertama Aidilfitri, selain membabitkan 20 tetamu.

Sumber : MB

Previous articlePM pertama ketuai alunan takbir raya, TSMY buat seluruh rakyat Malaysia terharu
Next article“Aku respect Sharnaaz tak mcm ustaz tu nak kawin tapi cer4i yg satu lagi” Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here