Home Petua Tips Satu lagi “kejadian besar”?

Satu lagi “kejadian besar”?

2139
0

KUALA LUMPUR – Drama politik Malaysia semakin hngat dengan satu lagi “kejadian besar” dikhabarkan akan berlaku pada Julai.

Sinchew Daily melaporkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menumbngkan kerajaan Perikatan Nasional, dan beliau hanya memerlukan tiga kerusi untuk mencapai hasrat itu.

Sudah ada desas-desus mengenai kejayaan Dr. Mahathir menambat hati tiga wakil rakyat yang diperlukan, malahan tiga penyokong itu dikatakan berstatus menteri dan timbalan menteri.

“Wakil rakyat ini tidak berpuas hati kerana Perikatan Nasional kekurangan hala tuju politik dan tidak menegaskan kerajaan yang bersih,” kata sumber.

Difahamkan, Dr. Mahathir sedang berbincang dengan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, termasuk mempertimbangkan Ketua Menteri Sabah tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya mer4mpas semula kuasa pentadbiran negara.

“Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri,” kata sumber lagi.

Menurutnya, sokongan terhadap Dr. Mahathir telah mencapai 112 yang diperlukan kerana selain 92 kerusi Pakatan Harapan, beliau turut mendapat sokongan lima penyokong daripada Bersatu, Warisan (sembilan), UPKO (satu), selain sokongan Ahli Parlimen Sri Aman dan Selangau di Sarawak serta tambahan tiga orang baharu.

Katanya, Dr. Mahathir pada masa yang sama juga berusaha menarik lebih banyak wakil rakyat untuk menyokongnya.

Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir juga perlu mendapat sokongan Anwar termasuk perlu bertoleransi dalam hal tertentu.

“Dr. Mahathir tidak boleh menukar kerajaan tanpa sokongan Anwar,” katanya.

Sumber : Mgazette

Previous articleLelaki & Sekumpulan Perempuan Bertmbvk Di Kedai Makan , Ini Punca Sebenar Kejadian
Next articleAnak Ingkar PKPB Ibu Ayah ‘Hilang’ RM1000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here