Home Petua Tips Gara-gara tak nampak ‘berduit’, penyanyi baharu, Ai Wahida sedih tdk dilayan penjual...

Gara-gara tak nampak ‘berduit’, penyanyi baharu, Ai Wahida sedih tdk dilayan penjual kasut berjenama – “Tak salah layan semua pelanggan sama”

266
0

GARA-GARA penampilan bersahaja dengan baju corak kotak, penyanyi baharu yang dikenali sebagai Ai Wahida menerima layanan buruk daripada penjual di sebuah kedai kasut berjenama di sebuah pusat membeli belah.

Ai Wahida atau mesra disapa Wawa, 22, berasa kecewa dengan sikap pekerja wanita itu yang memberi layanan berdasarkan penampilan seseorang pelanggan.

“Saya dan adik masuk ke sebuah butik kasut berjenama untuk melihat kasut yang saya dah berkenan. Tiba-tiba datang seorang pekerja wanita cakap ‘kalau nak kasut murah ada dekat luar’.

“Tapi saya cakap dekat dia yang saya memang nak beli kasut ini. Terus dia suruh pekerja lelaki layan saya dan dia layan pelanggan dengan penampilan lagi bergaya, jauh beza dengan saya.

Ai Wahida kongsi video bagi pengajaran kepada semua pekerja retail (peruncit).

“Saya tahu penampilan saya ketika itu bersahaja tapi tak perlu la dia memandang sinis kepada saya. Cara dia itu membuatkan saya kecil hati,” kata Ai Wahida kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Kembalilah Bersamanya itu memuat naik video luahan perasaan kecewa terhadap pekerja sebuah butik kasut yang memberi layanan buruk di Instagramnya.

Video tersebut menjadi tular di laman sosial dan turut menarik perhatian penyanyi rap Caprice yang tidak setuju dengan tindakan pekerja tersebut.
Dalam pada itu, Ai Wahida memberitahu insiden tersebut merupakan kali pertama yang terjadi dalam hidupnya dan berharap video yang dimuat naik itu dapat memberi pengajaran kepada pekerja retail (peruncit).

Ai Wahida terkejut berhadapan dengan situasi seperti itu.

“Selama 22 tahun saya hidup, ini kali pertama saya terkena macam ini. Itu yang buat saya terkejut sebab tak pernah alami lagi. Selalu hanya dengar pengalaman daripada orang sahaja.

“Bila jadi pada diri sendiri, memang sakit hati. Sebelum ini, banyak kedai yang saya pernah pergi memberi layanan yang baik. Pernah saya tak ada niat nak membeli tapi sebab pekerja itu peramah, terus beli barang di kedai itu.

“Tak salah pun layan semua pelanggan sama rata. Bagi saya, penampilan itu tak penting dan jangan menilai seseorang itu berdasarkan penampilan dia,” ujarnya.

Sumber : mstar

Previous articlePKPB Sambung Atau Tidak?
Next articleCovid-19: Ada Peningkatan Tapi Rakyat Jangan Panik Kata Najib,Rupanya Ada Sebab

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here