Home Petua Tips Tular Pekerja Barbershop Suspek Positif Covid-19,Ini Respon Terkini Ismail Sabri

Tular Pekerja Barbershop Suspek Positif Covid-19,Ini Respon Terkini Ismail Sabri

340
0

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang berurusan di kedai gunting rambut berhak meminta pengusaha atau tukang gunting warga asing di premis berkenaan menunjukkan surat saringan dari hospital sebagai bukti mereka bebas Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya pengusaha atau tukang gunting terbabit tidak memberi kerjasama, mereka diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

“Kita menggalakkan pengusaha kedai gunting atau tukang gunting warga asing ini mempamerkan surat atau sijil kesihatan yang dikeluarkan mana-mana hospital atau klinik, supaya orang ramai yakin mereka mendapat perkhidmatan dari pekerja yang bebas jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Menjawab soalan media berhubung ada dakwaan mengatakan seorang tukang gunting warga asing didapati positif Covid-19 semalam, Ismail Sabri berkata, beliau belum mendapat laporan mengenai kes itu.

Katanya, jika berlaku, kedai gunting itu akan ditutup serta-merta dan orang ramai yang pernah berurusan dengan pekerja terbabit akan dikesan untuk dibuat saringan kesihatan.

“Saya belum dapat laporan terkini mengenainya. Kalau betul, premis gunting itu pasti akan ditutup. Di mana-mana saja kalau ada kes positif, tidak kira di premis atau tapak binaan, tempat itu akan ditutup dan saringan akan dibuat.

“Sebab itu pentingnya orang ramai menulis nama dan mencatatkan nombor telefon pada buku yang disediakan di setiap premis. Ini memudahkan kita hubungi mereka untuk buat saringan kerana sudah berlaku kontak rapat dengan pekerja berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak menghalang warga asing bekerja di mana-mana sektor dan premis, asalkan mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menjalani saringan kesihatan serta disahkan negatif Covid-19.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya mereka berstatus pendatang asing tanpa izin (Pati) yang memasuki negara ini secara haram dan bekerja di sektor perkhidmatan tanpa dokumen atau surat pengesahan doktor, kerajaan tidak akan berkompromi.

Kedai gunting rambut antara sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun lalu, iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos ini.

Sumber : MalaysiaGazette

Previous article‘Mari Awal Dah Tapi Tak Boleh Solat Jumaat Juga’ Jemaah Kena Ada ‘Kad Jemputan’ Baru Lepas
Next article‘5 Hari Bertarung Ny4wa’ Gadis Muda Ini Pergi Mengadap Illahi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here