Home Petua Tips Tujuh risiko jika Tun M jadi calon PM P4katan Har4pan

Tujuh risiko jika Tun M jadi calon PM P4katan Har4pan

240
0

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) D4P, Ronnie Liu menjangkakan tujuh risiko bakal berlaku jika Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih semula menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Antaranya, beliau menjangkakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mungkin tidak mahu berjumpa bekas Perdana Menteri itu walaupun mempunyai cukup sokongan.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu menegaskan, jangkaan risikonya itu bagaimanapun adalah pendirian peribadi beliau dan bukan pendirian parti D4P yang diwakili.

Beliau berkata, Dr Mahathir juga mungkin menggunakan kedudukannya itu untuk mengadakan rundingan tawar-menawar dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin

“Dia (Dr Mahathir) mungkin akan bersek0ngkol dengan Muhyiddin dan AA (Mohamed Azmin Ali) lagi jika tawarannya bagus dan membuang PH,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Ronnie turut menjangkakan Dr Mahathir akan menimbulkan masalah baharu bahkan skandal untuk menyukarkan hidup Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan PH.

Selain itu, katanya, Dr Mahathir juga mungkin akan kembali kepada keputusan lamanya dengan melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya akan sukar untuk menghentikannya.

“Dr Mahathir mungkin tidak mahu mengundurkan diri setelah enam bulan menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan dan sekali lagi enggan menyerahkan kedudukannya kepada Anwar,” katanya.

Ronnie berkata, Dr Mahathir juga mungkin meletakkan jawatan dan keluar dari PH lagi atau dia mungkin hanya membubarkan Parlimen dan tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan oleh rakyat pada masa itu.

Katanya lagi, jika Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ditetapkan dan Anwar pula sebagai timbalannya yang ditentukan, ia boleh mencetuskan ‘kerajaan’ Muhyiddin meminta pilihan raya awal untuk mengelakkan kehilangan kuasa kepada PH.

Dalam pada itu, katanya, sekiranya Dr Mahathir tidak mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri maka PH akan mengambil risiko kehilangan semua kredibilitinya sebagai gabungan politik.

Sumber : sinarharian

Previous articleTerpancar Kegembiraan Di Wajah, Lelaki Berlari Ke ‘Rumah Allah’ Bila Tahu Masjid Dibuka Semula
Next article‘Bil Letrik Malaysia Meningkat ‘ Rupanya Bil Elektrik Meningkat Di Seluruh Dunia – Ir Lee Yee Seng

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here