Home Petua Tips Sebenarnya Fazura Ingin Bantu Syarikat MeIayu, Tapi Kena S4man Pula. Ini Akhirnya...

Sebenarnya Fazura Ingin Bantu Syarikat MeIayu, Tapi Kena S4man Pula. Ini Akhirnya Keputusan Mhkamah

282
0

” Syukur, semuanya sudah selesai hari ini. Keadilan berpihak kepada saya serta kebenaran sudah terbukti,”

Demikian kata-kata pelakon popular, Fazura, 36, yang didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan berhubungan dakwaan melanggar kontrak bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan.

Hakim Mhkamah Tinggi, Datuk Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan terbabit selepas mendapati kontrak perjanjian bersama syarikat Maydan Trading selaku plaintif terbatal selepas mendapati produk ini gagal mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mhkamah juga memerintahkan Maydan Trading membayar kepada Fazura dan Universal Music selaku defendan kedua masing-masing sebanyak RM40,000.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin ketika ditemui di luar mhkamah berkata, dia bersyukur apabila kebenaran berpihak kepadanya selepas hampir tiga tahun melalui kes itu.

” Saya didakwa plaintif yang mengatakan saya melanggar perjanjian kontrak. Namun, mhkamah sudah membuktikan bahawa kontrak itu tidak sah,” katanya yang ditemani suami yang juga pelakon popular, Fattah Amin dan pengurusnya, Iman Tang Abdullah.

Fazura yang kini hamil enam bulan berkata, kes itu sangat berat dan banyak membuang masanya.

” Ia juga mencalar imej saya dan sangat negatif,” katanya yang diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan.

Menurut Fazura, dia hanya meminta tuntutan ganti rugi yang rendah terhadap Maydan Trading.

” Kami diminta mhkamah untuk buat tuntutan. Atas budi bicara, saya hanya minta RM50,000 yang dikira sangat sikit. Mhkamah atas pertimbangan akhirnya menetapkan RM40,000 perlu dibayar kepada setiap defendan.

” Saya sentiasa yakin, jika kita di pihak yang benar, tak perlu risau. Saya sudah menjalankan tugas saya dan tiada isu saya melanggar kontrak,” katanya yang tidak menolak ini rezeki anaknya.

Dalam pada itu, Fazura turut menjelaskan produk miliknya, Trudolly tiada kena mengena langsung dalam kes ini dan tak sepatutnya diheret ke mhkamah.

” Mungkin ada niat-niat lain mereka berbuat demikian. Pengajaran yang saya ambil, semuanya sudah ditentukan Allah,” katanya.

Niat nak bantu syarikat Melayu

Fazura berkata, dia akan lebih berhati-hati untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak selepas ini.

” Niat saya baik dari awal iaitu nak bantu syarikat milik Melayu, tapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Mungkin Maydan Trading juga boleh ambil iktibar jangan sesuka hati nak heret orang ke mhkamah tanpa asas.

” Saya sebenarya tak sedar langsung yang produk ini tak sah. Begitu juga dengan kontraknya yang juga tak sah,” katanya

Terdahulu, Fazura disam4n pemilik syarikat Maydan Trading atas dakwaan melanggar perjanjian syarikat selepas pelakon yang juga penyanyi itu melancarkan produk kesihatan dan kecantikan Trudolly dalam tempoh perjanjian.

Sumber : hmetro

Previous article‘Bil Letrik Malaysia Meningkat ‘ Rupanya Bil Elektrik Meningkat Di Seluruh Dunia – Ir Lee Yee Seng
Next articlePositif C0vid-19, Anggota Polis Nikah ‘online’ Sendirian Di Katil Wad Kuarantin.Sempat Kesat Airmata

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here