Home Petua Tips ‘Dah La Pintas Depan , Keluar Kereta Nak M4rah Pula’ Tular Pemuda...

‘Dah La Pintas Depan , Keluar Kereta Nak M4rah Pula’ Tular Pemuda Ajak M4ngsa Keluar Kereta

296
0

PETALING JAYA – Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes bul1 jalanan yang tular menerusi satu rakaman klip video sebelum ini dilaporkan berlaku di Persiaran Surian, Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, buat masa ini, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu bagi mengenalpasti sama ada wujud elemen jenayah di bawah kanun keseksaan berkaitan ugutan atau serangan sewaktu kejadian tersebut.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pengadu lelaki yang merupakan peniaga berusia 29 tahun dan mendakwa menjadi mangsa buli jalanan tersebut.

“Menurut pengadu, sewaktu kejadian sekitar jam 4.40 petang semalam, dia sedang memandu kereta melalui Persiaran Surian dan tiba-tiba sebuah kereta jenis Ford datang dari arah belakang dan berhenti di hadapannya. Kemudian, seorang lelaki telah keluar dari kenderaan itu dengan keadaan m4rah.

“Lelaki itu dikatakan mengetuk pintu kereta pengadu dan mengarahkannya untuk keluar namun dia tidak berbuat demikian dan terus ke balai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi selama kira-kira seminit memaparkan mengenai insiden kejadian itu.

Berdasarkan video berkenan, seorang pemandu kenderaan dilihat telah dihimpit dan dipintas oleh sebuah kenderaan lain secara tiba-tiba sewaktu tiba di lokasi kejadian.

Ekoran itu, pemandu berkenaan membunyikan hon dan tindakan itu mengundang rasa tidak puas hati individu terlibat yang turut berhenti dan keluar dari kenderaannya.

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, pengadu turut mendakwa keadaan lalu lintas sebelum kejadian itu agak sesak dan ada ketika dia perlu menekan brek untuk mengelak daripada melanggar kenderaan lain di hadapannya.

“Pengadu turut membuat laporan kerana bimbangkan keselamatannya di kemudian hari sekiranya pihak terbabit tidak berpuas hati,” katanya.

Tambah Ezanee tiada keceder4an dialami pengadu malah kenderaan dipandunya juga tidak mengalami kerosakan.

“Buat masa ini siasatan dijalankan atas kesalahan trafik mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana didapati memandu secara melulu,” katanya.

Sumber : Info

Previous article‘Masak Boleh Jadi Model Pun Boleh’ Sugu Pavithra Muncul Anggun Persisi Model Antarabangsa!
Next articleIsu Pendatang Asing,NGO Jangan ‘Sedap Cakap’ Saran Sama2 Turun Padang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here