PETALING JAYA: Seramai 4 individu ditahan pihak polis atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
Ismail berkata, menerusi pasukan petugas operasi pematuhan diketuai polis, 4 individu itu dikenakan kompaun. Antara kesalahan dilakukan adalah aktiviti karaoke, aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
“Task force operasi pematuhan sudah membuat 66,063 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKPP.
“Sebanyak 3,466 pasukan pematuhan yang melibatkan 15,210 anggota membuat pemantauan di 4,158 pasar raya dan 5,790 restoran.
“Serta 1,170 penjaja, 1,129 kilang, 3,745 bank dan 720 pejabat kerajaan. Juga 1,912 terminal pengangkutan darat, 253 terminal pengangkutan air serta 100 terminal pengangkutan udara dipantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Ismail berkata, 3 warganegara asing berjaya ditahan dalam sekatan jalan raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.
SUBHEAD: Op Benteng kawal ketat sempadam negara
Operasi Benteng yang melibatkan polis, tentera, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia turut mengadakan s68 sekatan jalan raya di seluruh negara.
“Ia juga sudah memeriksa 44,399 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI, terutamanya di lorong tikus.
“Ops Benteng bertujuan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jen4yah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak Covid-19,” katanya.
KKM saring 6,609 individu di KLIA
Jelas Ismail lagi, dari 10 Jun hingga 27 Jun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah membuat saringan ke atas 6,609 individu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurutnya, daripada jumlah ini, 6,573 individu didapati negatif Covid-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.
Manakala itu, 36 individu lagi didapati positif dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Pada semalam, seramai 454 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui KLIA dan KLIA2 dari Indonesia, Iran, Iraq, Singapura, UAE, Taiwan, Jepun, Vietnam, Myanmar, Qatar & Belanda.
“452 individu diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka, manakala 2 lagi dibawa ke hospital.
“148 individu lain pula memasuki sempadan negara di Johor dan kesemua mereka diperintahkan menjalani kuarantin di kediaman masing-masing,” katanya.
Ismail berkata, polis sendiri membuat 427 pemantauan pematuhan SOP kuarantin di kediaman dan mendapati kesemua mereka mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Sumber : FMT