Home Petua Tips Anak Kata To’ki Tinggalkan Mereka Dan Ibu,Akhirnya To’ki Tampil Bersuara

Anak Kata To’ki Tinggalkan Mereka Dan Ibu,Akhirnya To’ki Tampil Bersuara

305
0

HUBUNGAN penyanyi popular era 1990-an, To’ki dengan anak-anaknya dalam keadaan baik dan mereka sentiasa berada dekat dengannya walaupun jarang berjumpa.

To’ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata, mereka masih rapat walaupun tidak selalu berjumpa.

“Ada masanya kami berhubung menerusi telefon atau di laman sosial. Malah, saya ada berjumpa anak-anak di luar Kuala Lumpur sebab bukan semuanya duduk di sini. Ada yang belajar dan duduk luar dari sini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut To’ki, walaupun anak-anak jauh dari pandangan matanya, namun doa buat mereka tidak pernah putus.

“Apabila sudah berkahwin, pertama sekali adalah doa untuk ibu bapa. Sebagai seorang bapa doa untuk anak-anak adalah perkara pertama yang saya buat, kemudian isteri, adik-beradik, saudara-mara dan kenalan.

“Tiada seorang bapa pun tidak mendoakan anak-anaknya. Setiap hari saya akan memanjatkan doa untuk mereka,” katanya.

Terdahulu menerusi satu laporan, seorang daripada anak To’ki iaitu Noor Hidayah mendakwa kali terakhir bertemu penyanyi itu ketika beliau menjadi wali nikahnya empat tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, sejak To’ki dan ibu berpisah kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah To’ki.

Hasil perkahwinan pertama, To’ki memiliki lima anak iaitu Mohd Hafizi, 28; Noor Hidayah, 27; Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Sumber : hmetro

Previous article“Apa Yg Ayah Rasa Sebijik Kami Rasa Masa Ayah Tinggal Kami” Anak To’ki Jawab Tohmahan Pedas
Next articleKurang 24 jam Eka Sharif (AF9) Nak Nik4h, Majlis Terpksa DibataIkan, Makanan Katering Terpksa Disedekah.Semua Gara2 Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here