Home Petua Tips Bila Dr Zulkifli Beri Lesen Penuh Pd JAWI,Aktivis Tr4nsgender Nisya Ayub Tampil...

Bila Dr Zulkifli Beri Lesen Penuh Pd JAWI,Aktivis Tr4nsgender Nisya Ayub Tampil Bersuara

350
0

PEMBERIAN lesen penuh oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawai) untuk mengambil tindakan terhadap tr4nsgender berisiko mencetuskan lebih anc4man dan persekitaran tidak selamat buat golongan itu.

Aktivis tr4nsgender Nisha Ayub mempersoalkan kenapa menyasarkan kepada golongan minoriti.

Beliau turut mempersoalkan hak kumpulan itu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia termasuk hak untuk kebebasan peribadi.

“Apa maksud Menteri Islam ketika dia mengatakan “Memberi Lesen kepada pihak berkuasa untuk bertindak menentang Tr4nsgender?

“Jadi sekarang kita tidak dibenarkan berjalan di khalayak ramai menjadi diri sendiri? Adakah kita sekarang dinafikan hak sebagai manusia dan warganegara Malaysia?

“Apa yang berlaku dengan hak kita berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia? Hak untuk kebebasan peribadi, hak untuk kesetaraan, ekspresi, hak untuk bergerak, hak untuk dilindungi, hak untuk agama dan sebagainya ….?” tanya Nisha.

Semalam, Zulkifli dalam satu kenyataan di Facebook berkata Jawi boleh mengambil tindakan terhadap tr4nsgender.

Bagaimanapun beliau berkata ia perlu dibuat mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan aspek “tarbiah” lebih utama.

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan. ⁣

“Kita tidak hanya mahu tngkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (tr4nsgender) kembali ke pangkal jalan.

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” kata Zulkifli.

Menurut Nisha, golongan tr4nsgender hanya berusaha untuk kembali ke kehidupan seharian dan berusaha sedaya upaya untuk mengatasi keadaan ekonomi semasa kerana Covid-19.

Namun kini komuniti tr4nsgender kembali menjadi sasaran hanya kerana identiti dan ekspresi gender.

“Mengapa kita perlu men4ngkap golongan transgender yang mempunyai hak-hak untuk mengenal pasti dan menyatakan diri kita yang sebenarnya?

Kami tidak melakukan kerosakan kepada orang lain dan tidak juga menyebabkan kejatuhan negara.

“Kita hanya berusaha bertahan dalam sistem binari ini di mana kita harus menghadapi banyak rintangan dan penindasan hanya kerana kita berbeza dengan norma-norma sosial

“Mengapa kita selalu menjadi sasaran? Tidakkah kita mempunyai hak sebagai manusia dan warganegara?

Sebelum ini seorang tr4nsgender Muhammad Sjad Kamaruzzaman atau Sjad menimbulkan kemarahan umum apabila berpakaian sek4i dan membuat aksi yang disifatkan sebagai mencolok mata di media sosial miliknya.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional Senator Aiman Athirah Al-Jundi  turut membangkitkan pertanyaan apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terutama menteri agama dan menteri berkaitan wanita terhadap usahawan transgender tersebut.

Amain Athiran berkata, video Sjad yang memakai baju ketat dan berlubang mendedahkan bahagian dada sambil melakukan ‘belly d4ncing’ di dalam kenderaan jelas merendahkan maruah wanita.

“Adakah pihak Menteri Agama yang baharu telah menjalankan sebarang usaha untuk menasihati Muhammad Sajjad secara hikmah, dan apakah usaha-usaha itu?’ tanya Aiman Athirah yang juga Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan Malaysia.

“Walaupun Muhammad Sajjad (Sjat) hakikatnya didaftarkan sebagai lelaki tetapi banyak tindak tanduknya sejak kebelakangan ini seperti memperagakan pelbagai aksi “mendedahkan body wanitanya” hakikatnya sangat merendahkan maruah seluruh kaum hawa!

“Sjat seolah-olah meletakkan sosok tubuh wanita sebagai simbol se4ks dan tontonan ramai.

Perbuatan begini boleh ‘trigger’ gangguan seksval dan pandangan serong terhadap kaum wanita yang lain.

Sekaligus meletakkan wanita-wanita sebenar terdedah menjadi mngsa,” kata Aiman Athirah.

Sumber : Suara Merdeka

Previous articleAdik Baru Saja Cer4i, Shiera Tampil Buka Mulut Ceritakan Sikap Sebenar Bekas Suami Sharifah Sakinah
Next article‘Tak Sangka’ 6 Pasangan Ini Pernah ‘BergoIak’ Namun Akhirnya Kekal Berdamai Demi Anak Tapi Yg Ke 2 Tu Sungguh Ta Sangka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here