Home Petua Tips “Suami Saya Tak Suka, Tapi…” – Faye Kusairi

“Suami Saya Tak Suka, Tapi…” – Faye Kusairi

250
0

Pelakon Faye Kusairi amat menyukai watak antagonis dalam lakonannya.

Namun menurut Faye, suaminya pengarah Azmi Hatta, tidak menyukai dia melakonkan watak sebegitu.

“Sebenarnya saya sangat suka melakonkan watak antagonis, tetapi lain pula suami saya.

“Dia tak suka lihat saya bawa watak-watak sebegitu kerana menurutnya, saya kelihatan garang.

“Bagi saya pula, saya tak kisah nak bawa watak apa sekalipun, tetapi setakat ini saya memang menyukai watak antagonis,” kata Faye kepada Gempak.

Dalam pada itu, Faye juga mengatakan dia sudah mula menulis skrip dan mencipta satu watak yang disukainya.

“Saya sudah mula menulis skrip bersama suami saya, dalam skrip itu, saya ada masukkan satu watak yang memang saya suka untuk melakonkannya.

“Tetapi besar kemungkinan, ia akan dibawa oleh pelakon lain, apa yang boleh saya katakan, watak itu dirancang dengan sebaiknya dan membolehkan pelakon menyerlahkan sisi kekuatan dalam lakonan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Faye yang kini hamil empat bulan mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada April 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki sebelum ini, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Sumber : gempak

Previous articleSelama 4 Tahun Tidak Pernah Jumpa, Akhirnya Anak Terbuka Pintu Hati Jumpa To’ki
Next articleSeorg Imam positif C0VID-19 Selepas Hadiri Pengebvmian, Masjid Ditutup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here