Home Petua Tips “Dia Teman Wanita Saya Jan 2020” Teman Lelaki Alya Iman Muncul Dedah...

“Dia Teman Wanita Saya Jan 2020” Teman Lelaki Alya Iman Muncul Dedah Kena Kikis Sampai RM 2.3 Juta

384
0

Terbaharu, seorang lelaki yang mengaku sebagai bekas teman lelaki Alya menjelaskan bahawa dia juga pernah menjadi mangsa kepada Alya.

Satu persatu individu tampil mendedahkan kisah kehidupan pelakon Alya Iman selepas isteri bekas kekasihnya, Penny Salman mendedahkan hubungan sulit suaminya dengan artis itu.

Lelaki berkenaan mendkwa dia menjalin hubungan dengan anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu pada awal tahun.

“Dia teman wanita saya pada Januari 2020. Tapi saya tahu dia perempuan kot*r.

“Saya dah habis RM2.3 juta dengan dia sahaja. Duit tu tak boleh buat dia kaya pun, takkan pernah cukup. Budak terkena kejutan budaya baru masuk industri,” dedah individu berkenaan menerusi satu kiriman mesej peribadi (DM) kepada Penny.

Penny kemudian berkongsi paparan mesej individu yang dirahsiakan identitinya menerusi ruangan Instagram Story miliknya.

Dalam pada itu, individu berkenaan berkata, dia kemudian bertindak meninggalkan Alya selepas mengetahui perangai sebenar dirinya.

“Kita kena beri pengajaran buat dia, Ya, dulu dia dengan saya. Saya tahu dia pisau cukur sebab tu saya berpisah. Ingat dia dah tak buah dah,” dakwa individu berkenaan.

Terdahulu, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

Kisah kontroversi Alya Iman mula menjadi tumpuan netizen apabila seorang isteri perniagaan mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di Instagram.

Bahkan, satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet

Kisah Allahyrham Azmil Mustapha, Sanggup Berhenti Kerja Besarkan 4 Anak Sebelum Berhijrah Ke Syr1a

Ditayangkan dipawagam pada 16 Februari 1985, filem Ali Setan yang mula merupakan filem romantik komedi arahan pengarah terkenal Jins Shamsuddin yang sangat diminati sehingga hari ini.

Filem tersebut jugalah yang menaikkan gandingan hero dan heroin dalam filem tersebut, Azmil Mustapha dengan penyanyi popular Fauziah Ahmad Daud.

Bagaimanapun, selepas 33 tahun filem itu menjadi bualan ramai, peminat dikejutkan dengan pemergian Azmil Mustapha yang meninggI dnia pada 14 Februari 2018.

Selepas pemergian Azmil Mustapha, kisah tentang hidup dan penghijrahannya telah mula mendapat perhatian ramai.

Ramai peminat tahu bagaimana pelakon popular Allahyarham Azmil Mustapha berhijrah daripada dunia glamor tapi tidak ramai yang tahu arwah juga seorang bapa yang penuh kasih sayang dan tabah membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Berhenti kerja ketika Alya Iman

Menurut anaknya, Alya Iman, bapanya itu mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaganya yang ketika itu baru berusia 4 bulan bersama tiga adik-beradik yang lain sendirian.

” Dia bekerja keras di rumah untuk meraih pendapatan untuk memberi keperluan kami. Lima tahun dia berdoa pada Allah dan meminta petunjuk seterusnya, Allah memberikan jawapan dalam mimpi mengenai impiannya pergi ke Syria,” katanya menerusi Instagram Alya Iman, kira-kira 2 tahun lalu

Ujarnya, bapanya sanggup melakukan apa yang terdaya untuk mendapatkan wang sehingga membawa tiga anaknya berpindah ke Damascus, Syria.

” Pada masa itu tiada siapa tahu di mana Syria, setiap orang fikir dia gila untuk ke sana tapi dia lakukan apa yang Allah berikan petunjuk,” katanya.

Sambungnya, Azmil pada masa itu belajar agama dan budaya Arab. Pelakon popular menerusi filem Ali Set4n ini juga tidak mempunyai pekerjaan untuk meraih pendapatan tapi percaya Allah sentiasa ada membantunya.

” Dia teruskan solat dan tidak berputus asa meskipun kami berdepan masa yang sukar yang perlu ditempuhi tapi ia suatu yang mencabar dan banyak perkara kami pelajari,” katanya.

Alya Iman memberitahu arwah bapanya dan dirinya sendiri suka menetap di Damascus yang digambarkan sebagai sebuah negara yang indah, mempunyai kebudayaan dan makanan yang sedap serta banyak memori bersama.

” Kami tidak mahu pulang ke Malaysia tapi selepas 6 tahun melalui kehidupan penuh mencabar, kami tiada pilihan meninggalkannya dan kembali ke Malaysia kerana pep3rangan baru bermula dan ia tidak selamat untuk kami terus tinggal di sana,” katanya.

Sumber : trendingsangat.pw

Previous article“Dia Menipu!” – Alya Iman Did4kwa Tak Pernah Bertunang, Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut…
Next article‘Kami Tak Da Kaitan Lagi Dengan Youtube’ Sugu Pavithra Jelaskan Puncanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here