Home Petua Tips “Yang Kau Hin4 Tu Dah Tahap Macam Ibu Kau” Luahan Aishah Rupanya...

“Yang Kau Hin4 Tu Dah Tahap Macam Ibu Kau” Luahan Aishah Rupanya Ada Sebab

186
0

Penyanyi, Aishah menangis, sedih dan kecewa dengan sikap segelintir netizen ketika ini yang sanggup melemparkan kec4man sewenang-wenangnya.

Aishah menerusi satu perkongsian di Instagram, menyifatkan kehidupan zaman sekarang cukup mencabar baginya kerana berhadapan generasi alam maya yang berasa diri masing-masing kebal di sebalik akaun media sosial.

“Hidup zaman sekarang cukup mencabar kerana kita berhadapan generasi alam maya yang terasa diri mereka kebal di sebalik akaun media sosial mereka dan diizinkan untuk  berkata-kata, memaki dan menghina sesiapa saja.

Allahuakbar, hilang segala budi pekerti, adab sopan tutur kata dalam alam ini. Bukanlah tak boleh komen,tetapi komenlah dengan berhemah dan berfakta.

“Tunjukkanlah kecerdikan dan ilmu yang mungkin ada di dalam diri masing-masing untuk membina industri seni ini. Setiap artis itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing,” tulisnya.

Aishah menjadi mangsa kecaman netizen selepas persembahannya menyanyikan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aku Bidadari Syurgamu di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35, kelmarin, dikatakan kurang mantap.

Aishah berkata, dia menangis sejak semalam mengenangkan sikap generasi hari ini yang hilang rasa hormat kepada golongan berusia apabila di alam maya.

“Mak ayah ajar kita untuk beradab, sopan dalam berkata-kata dan hormat pada orang yang lebih tua dari kita. Hilang semua itu di alam maya.

Malangnya, komen hanya untuk menjatuhkan maruah seseorang hingga tahap mengh1na walaupun orang yang kau hina itu sudah tahap usia ibu kau sendiri,” katanya.

Menurut Aishah, dia boleh terima jika dikritik dari segi nyanyian. Pembabitannya ketika di Gegar Vaganza (GV) sebelum ini pun kerana sedia untuk dikritik.

Katanya, walaupun sudah 34 tahun dalam industri muzik, proses pembelajaran tetap berjalan. Apatah lagi untuk dia yang suka belajar dan sedia mendengar pandangan.

Sementara itu, pada perkongsian lainnya di Instagram, Aishah mengajak netizen yang mengecamnnya di media sosial untuk berjumpa dan luahkan rasa tidak puas hati itu.

“Memang rancang untuk ‘attack’ ye atau kena bayar? Wow Jangan selindung-selimdung dik, meh (mari) jumpa saya. Itu pun kalau awak beranilah. Apa barang setakat DM (Direct Mesage) saja nak kutuk saya. Mehlah (Marilah) jumpa saya depan-depan dan saya jelaskan pada awak apa perbezaannya. Jangan jadi penakut, pengecut, baling batu sembunyi tangan,” katanya.

Aishah juga mencabar netizen berkenaan supaya menunjukkan gambar muka yang sebenar supaya pengkutnya boleh kenal individu tidak beradap itu.

Sumber : hmetro

Previous articleNabil Ahmad ‘Sindir’ Azwan Ali Kembali Mengacara?Sekali Azwan Ali Datang Komen
Next article“Kisah kami yang teraniaya kerana KKM” – Azra Ghaz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here