Home Petua Tips Feeya Iskandar berang dituduh abai anak kedua, bersikap seperti ibu tiri ...

Feeya Iskandar berang dituduh abai anak kedua, bersikap seperti ibu tiri “Elok je aku layan anak aku… mulut macam apa!”

188
0

PENYAMPAI radio Suria FM, Feeya Iskandar berang apabila dituduh mengabaikan anak keduanya iaitu Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.

Menerusi Instastory, Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah berkongsi komen seorang netizen yang mempersoalkan mengenai layanan berbeza yang diberikan terhadap dua orang anaknya itu.

Menjawab komen tersebut, Feeya menafikan dakwaan kononnya dia bersikap tidak adil dengan kedua-dua anak lelakinya itu.

“Sejak PKP bersambung otak masing-masing dah jem kan? Ada je nak cari salah orang sebab tu aku kalau buat review jaranglah sekali dengan anak-anak sebab kau tak tahu anak aku macam mana.

“Sebab nanti jadi macam ni la… ada kata aku macam mak tirilah, lebihkan abanglah, abaikan adiklah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Feeya jawab komen seorang netizen di Instagram.

“Padahal lepas tu video tu sama je aku layan anak-anak aku nak makan, kau saja yang tak tahu… mulut macam apa!” katanya menerusi laman tersebut.

Sebelum itu, Feeya berkongsi paparan skrin komen yang diterima daripada seorang netizen yang meluahkan rasa simpati dengan anak keduanya itu.

“Kau ni mak tiri kepada anak yang nombor dua tu, lain macam je layan dia. Kasihan dia nak makan kau tak endahkan… si Malique (anak sulung) tu okay je kau layan,” soal individu itu pada satu video ulasan makanan yang dimuat naik oleh Feeya di Instagram.

Gara-gara komen melampau itu, Feeya berkata dia sudah menyekat akaun netizen berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Feeya bersama suami dan dua anak tersayang.

“Elok je aku layan anak aku, jangan tuduh melulu! Tengok tak ni? Macam mak tiri ke aku layan anak kedua ni?

“Lupa kau tak boleh tengok sebab kau dah kena block! Padan muka kena block!” ujarnya.

Feeya yang kini sedang hamil lapan bulan mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Wahab atau Rashid pada 6 Mei 2015.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.

 

Sumber : mstar

Previous articleTak Sangka Dr Say Kenal Wanita Ini.Tapi Pnjelasan Dia Mungkin Akn Buat Mereka Yg Kcam Wanita Ni Terdiam
Next articleAda Terima Pesanan Dari Jirat Cina,Rider Sangka PenggaIi Kbur Yg Order. Namun Bila Sampai, Terus Terkedu Dia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here