Home Petua Tips Kawan Tanya Knp Tak Makan Dia Kata Jimat Duit Tp Rupanya Ta...

Kawan Tanya Knp Tak Makan Dia Kata Jimat Duit Tp Rupanya Ta Da Duit.Sekali Ini Terjadi Pd Lelaki Ini

181
0

Asam garam kehidupan, setiap orang pastinya pernah mengalami fasa-fasa susah atau kesulitan. Salah satunya, daripada segi ekonomi yang tidak menentu sehingga ada yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup.

Seperti perkongsian oleh seorang pemuda ini di Twitternya dan mungkin pernah dilalui oleh rata-rata daripada kita.

Dia yang tidak mempunyai wang, memberikan alasan ingin ‘berjimat’ kepada rakan sekerjanya ketika ditanya oleh mereka kenapa dia tidak makan.

Menerusi video yang dimuat naik, rakan sekerja pemuda itu dilihat berkongsi makanan mereka dan meminta supaya dia menghabiskan semua makanan yang diberikan tersebut.

Hari ni saya tak ada duit untuk makan dan rakan sekerja tanya kenapa saya tak pernah makan, saya kata nak jimat duit.

Akhirnya saya dapat nasi goreng lepas tu ayam dan mee satu persatu datang suruh saya habiskan.

Warganet yang mengulang siar video berkenaan di Twitter, tersentuh dan mengimbas semula kenangan mereka ketika melalui nasib yang sama seperti pemuda ini suatu ketika dahulu.

Percayalah, setiap pahit getir ujian dan dugaan, kepayahan menghadapi cabaran hidup akan mengajar kita erti kehidupan dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kesenangan kelak.

Ada ketika kita susah akan ada rezeki yg datang tak disangka sangka jadi bersyukurlah kita pada setiap masa.

Sumber : siakapkeli

Previous articlePatutla Mlm Tu Dia Sungguh Suruh Aku Mohon KWSP dia.Isteri Sebak Suami Ajal Sblm Rasa KWSP,Asyik Asyik Dlm Proses
Next article“Terharu, Sebak dapat Berjumpa DYMM TMJ, Ya Allah TMJ Sangat baik” Ustaz Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here