Home Petua Tips Tahniah Hannah Delisha Selamat Brnikah Dgn Jejaka Pilihan. Ini Identiti Suami Dia,...

Tahniah Hannah Delisha Selamat Brnikah Dgn Jejaka Pilihan. Ini Identiti Suami Dia, Rupanya Bkn CaIang2

412
0

Tup Tup Dah Kahwin pun. Kenali Imam Shah, Jejaka Yang Berjaya Tawan Hati Hannah Delisha

Mngejutkan! Takde angin takde ribut, satu posting daripada Instgram pelakon cantik kelahiran Singapura Hannah Delisha telah mengejutkan para peminatnya.

Hannah telah memuat naik dua keping foto menunjukkan dirinya disamping seorang lelaki dengan berpakaian baju nikah serta kapsyen mengucapkan rasa syukur diatas penikahan mereka.

Dalam kapsyen yang dibuat, Hannah mengucapkan syukur selepas lima tahun penantian dia sah bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Imam Shah.

 

 

Hannah menjelaskan dia sudah mengenali dan jalin hubungan cinta selama 5 tahun dengan pelakon Imam Shah.

Hanna Delisha selamat bernikah di Singapura memandangkan ia negara kelahirannya.

Rata-rata rakan artis turut menulis komen Hannah Delisha dan suami bijak menyembunyikan hubungan cinta mereka.

” Akhirnya setelah sekian lama. Sekarang saya tidak perlu berpura-pura tidak tahu apa-apa lagi. Akhirnya ‘Imam Mcgregor’ telah bersama isterinya..” tulis pelakon Erwin Dawson.

” Akhirnya!! Sayang korang berdua.. Beberapa tahun menjaga rahsia korang! Antara pasangan yang paling saya suka! Semoga cinta anda berdua kekal abadi,” tulis Daniel Asya.

Maksudnya rakan-rakan Hannah dah lama tahu mengenai hubungan cinta mereka, namun siapa sangka tiada siapa dapat menghidu.

 

 

Suaminya juga turut berkongsi gambar semasa bernikah dan menyarung cincin sebagai bukti sah bergelar pasangan suami dan isteri.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah diatas penikahan Hannah dan pilihan hatinya.

Pernah dikaitkan sebab bertudung kerana mahu kahwin

Sekian lama menyimpan keinginan berhijrah akhirnya pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 24, tekad berhijab, sejak empat hari lalu.

Menerusi perkongsian menerusi entri Instagram (IG), Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch memuatkan naik gambar bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka, semalam.

Pengikut dan teman artis menyambut baik keputusan dilakukan pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu.

Hannah berkata, niat tersimpan sekian lama akhirnya menjadi kenyataan.

” Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

” Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.

” Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam,” katanya kepada BH Online.

Mengulas perubahan yang dirasai, Hannah berkata, jiwanya kini lebih tenang.

” Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.

” Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.

” Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya.

Mengulas keputusan dibuat selepas terdengar gosip mendakwa bakal mendirikan rumah tangga, Hannah menafikannya.

” Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin,” katanya.

Siapa Imam Shah?

Mereka mungkin bukan nama besar dalam industri filem dan drama Malaysia seperti Datuk Aaron Aziz dan Datuk Adiputra. Namun, perjuangan mencari rezeki dan memburu pengalaman di seberang Tambak benar-benar mendewasakan pelakon Singapura, Imam Shah.

DI dalam hati kecilnya, Imam Shah menyimpan hasrat bergelar pelakon dengan kemahiran dan seni lakon yang baik lagi berkesan.

 

 

Imam Shah juga aktif dalam sukan seni pertahanan diri MMA.

Tidak sedikit pun, jejaka sasa yang nama sebenarnya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 30 tahun, ingin mengecapi kepopularan yang dianggap mampu lenyap sekelip mata.

Justeru itu, tatkala mengambil keputusan ke Malaysia bagi memperkasa kerjaya seninya, beliau dapat menjangkakan jerih payah yang bakal diharungi.

Tambahan pula, ibunya merupakan pelakon veteran Mariana Yati yang sudah banyak makan garam lantas menasihatinya tentang putaran roda kehidupan si anak seni.

Baru-baru ini, Imam yang menjayakan drama TV3, Kau Yang Pertama, kembali ke Kota Singa bagi menjayakan watak utama dalam siri drama mini Saga (Musim Kedua).

Drama itu akan disiarkan setiap Rabu mulai 25 Mac tahun depan sebagai meraikan ulang tahun ke-20 Mediacorp Suria.

Ia dijayakan beberapa bakat Singapura yang sudah menempa nama di Malaysia seperti Hasnul Rahmat, Jeff Catz, Hannah Delisha dan Shah Iskandar.

Sumber:IG Hannah

Previous article“Guna Plastik Ganti Pampers Kerana Tak Ada Wang” kisah Fakhrul jaga ibu lumpvh buat ramai sebak
Next articlePM Dedahkan Apa Yg Akan Berlaku Kpd Mereka Yg T0Iak Vaksln C0vid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here