Home Petua Tips Mahkamah Keluar W4ran Tngkap Thdp Muhd Sjad

Mahkamah Keluar W4ran Tngkap Thdp Muhd Sjad

185
0

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa mengeluarkan wa.ran t.ngkap terhadap usahawan kosmetik, Nur Sjat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee atau Shaii terhadap Nur Sjat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Menurut sumber, prosiding hari ini dijadualkan jam 9 pagi untuk sebutan semula kes, namun kelibat usahawan k.ntroversi itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding.

Dalam pada itu, peguam, Zuri Zabuddin Budiman ketika ditemui di luar mahkamah berkata, Nur Sjat tidak hadir di mahkamah pada Selasa, namun beliau diwajibkan untuk menghadiri prosiding pada tarikh baharu itu kelak.

Disebabkan itu katanya, prosiding kes ditangguh ke 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

“Saya tunggu juga Nur Sjat, tetapi dia tak datang.

“Pihak kami mungkin akan hantar mitigasi, tetapi belum dibincangkan lagi,” katanya.

Selain Zuri Zabuddin, Nur Sajat turut diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib, Azlina Che Hasan dan Amirah Zainal.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sjat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.

Sebelum itu satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Nur Sjat menangis dalam keadaan bergari.

Beliau menerusi Instagram miliknya mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seakan melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS di sini.

Muhammad Sajjad, 36, turut mendakwa, dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Dalam pada itu, JAIS mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Muhammad Sjad.

Sumber : sinar harian

Previous articleRamai Btul Tak Puas Hati Zul Yahya Berhentikn Skolah Anak2, Dia Tampil Jelaskn Knp Kputusan Itu Diambil
Next articleWanita Ini Peluk Isl4m Krn Tertarik Dgn Al Qvran. Sekali Sheikh Fahd Pun Sebak Dan Diapun Beri Respon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here