Baru-baru ini, bertebaran di media sosial foto-foto yang terdapat di dalam laman Facebook Ria.k Apa Hari Ini.
Meskipun baru sahaja ditubahkan tetapi sudah mendapat 137,800 orang ahli.
Namun, ‘group’ tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas terkenal iaitu, Ustazah Asma Harun. Beliau memuat naik satu posting di laman Facebooknya dan ‘menegur’ agar admin kelab berkenaan menukar nama atau memadam akaun tersebut.
“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan…
“… Jangan indahkan perkataan keji “Riya.k” atas nama gurauan,” bidasnya.
Justeru itu, nasihat yang tajam dan pedih itu telah menyebabkan admin kelab berkenaan tampil membidas semula dan berkata sesiapa yang takut akan dosa, dipersilakan keluar daripada kelab tersebut selain masih berkeras untuk mengekalkan nama kelab tersebut.
“Terima kasih yang update tarbiah daripada ustazah. Selepas berbincang kami akan kekalkan nama group. Cuma, pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini boleh la left.
“Kami tak paksa ya. Pada yang tak boleh duduk diam nanti kena jilat api neraka boleh left ya,” balasnya.
Selain itu, seorang lagi ‘admin’ juga tampil bersuara dan menyatakan tujuan ‘group’ itu ditubuhkan hanya sekadar gurauan dan bukan tujuan untuk riak.
“Kami para admin bukan daripada golongan bangasawan, jutawan, hartawn.
Kami golongan terjejas juga dan masih berusaha mencari rezeki sesuap nasi,” tulisnya.
Sehingga kini, Facebook Riak Apa Hari ini masih menggunakan nama yang sama dan turut dibanjiri posting-posting daripada ahli kumpulan tersebut.
Namun begitu di halaman fb Ustazah Asma’ Harun telah menyatakan sesuatu selepas di balas oleh admin Riyak apa hari ini
Sekiranya ianya jika bukan ditujukan pada Apa Riak Hari ni tapi mengikut pendapat Ustazah biarlah kita tegur darpd tak buat apa apa.
Komen dari Netizen,
Subhanallah Allahuakbar saya respect keberanian Ustazah , walaupun tahu bakal terima pelbagai Pandangan baik atau buruk , Ustazah tetap bersuara.
Moga Allah SWT merahmati segalanya, Amin ya Rabbal.sungguh sy sendiri amat risau & tkut pelbagai Fit.nah .Allahhuakhbar
Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun & Riak Apa Hari Ini